Komik Hologram
New -20%

Komik Hologram

RM8.00 RM10.00
Product Code: BP0062
Stock 197

Overview

KOMIK HOLOGRAM ini merupakan adaptasi daripada Kumpulan Cerpen Hologram karya Iwan Reaz. Komik ini membawakan empat buah cerita pendek iaitu Hologram, Potret, Roti dan Virus yang memaparkan ...


KOMIK HOLOGRAM ini merupakan adaptasi daripada Kumpulan Cerpen Hologram karya Iwan Reaz. Komik ini membawakan empat buah cerita pendek iaitu Hologram, Potret, Roti dan Virus yang memaparkan kejadian-kejadian aneh serta mengerikan hingga ada yang menemui ajal.

Judul HOLOGRAM membawakan kisah seorang pemuda yang dapat melihat bilakah saat kematian setiap orang yang ditemuinya. Namun, dia tidak tahu bilakah saat kematian diri sendiri. Kenapa dia yang dipilih dan kenapa dia sahaja yang mendapat anugerah ini?

Judul POTRET pula memaparkan sisi aneh yang dialami oleh ‘Aku’ setelah dia membeli dan memiliki sebuah potret di pasar antik. Sejak itu dia telah diganggu dengan mimpi-mimpi ngeri. Dendam apakah yang sedang ditunjukkan oleh alam ini kepada manusia?

Judul ROTI, cerita yang mengisahkan seorang remark lelaki yang sering membeli roti keju di sebuah kedai roti yang terletak berhampiran rumahnya tanpa menyedari bahawa kedai tersebut telah terbakar sebulan yang lalu hingga mengorbankan pemiliknya, seorang nenek tua!

Judul VIRUS bertolak dari kisah kematian misteri yang terjadi di daerah Kuala Kangsar apabila hasil bedah siasat menemui jalan buntu untuk mencari punca kematian mangsa. Menurut seorang doktor bertugas, mangsa menjerit-jerit meminta tolong seolah-olah berada  dalam satu dunia yang lain sehingga badannya menjadi terlalu lemah!


Tentang Penulis
HANI RAIMI
Pelukis yang juga dikenali sebagai 'Mak Kucing' atau 'Nenek Hantu' dalam kalangan warga pelukis komik tempatan. Komik Hologram adalah projek pertama di bawah Komik Puris. Lain-lain projek termasuk Komik Misteri Berhantu ASUH dan Misi School Adventures di Webtoon. Seorang pelukis yang kuat kerja tetapi kurang idea.

IWAN REAZ


Nama penuh Ridzuan Mohd Ghazali. Telah menulis sebanyak 19 buah buku. Bukanlah seorang yang berani sangat, tetapi antara 19 buah buku itu, empat adalah buku dengan genre seram. Buku Hologram adalah buku pertama dalam kategori genre seram ini di bawah Buku Puris. Suka baca komik tapi tak pandai melukis.


Komik Hologram
ISBN: 978-983-097-907-6
Kod: BP0062
Penulis: Hani Raimi & Iwan Reaz
Tebal: 120 ms
Harga: RM10.00/RM12.00

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue