SAKURA NO SUKI 1
-10%

SAKURA NO SUKI 1

RM9.00 RM10.00
Product Code: BP0029
Stock 497

Overview

SAKURA NO SUKI 1ISBN: 978-983-097-771-3Kod: BP29Penulis: PAEH DESIGN & MF ZAKARIATebal: 128 msHarga: RM10.00/ RM12.00Berat: 0.150 KG (150 gm)SINOPSISSakuragi, seorang pelajar tahun akhir di ...
SAKURA NO SUKI 1
ISBN: 978-983-097-771-3
Kod: BP29
Penulis: PAEH DESIGN & MF ZAKARIA
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/ RM12.00
Berat: 0.150 KG (150 gm)


SINOPSIS

Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya.

Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka.

Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri.
Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.


TENTANG PENULIS
Paeh Design
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah danInkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik Sakura No Sukiyang merupakan terbitan pertama bersama Buku Puris.

MF Zakaria


Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai freelance pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design. Sakura No Suki terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue