Menantu Hipster
-10%

Menantu Hipster

RM18.00 RM20.00
Product Code: GB0459
Stock 50

Overview

JUDUL: Menantu HipsterPenulis: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)ISBN: 978-983-097-682-2Kod: GB459Tebal: 136 msHarga: RM 20/ RM 22Berat:  0.185 KG (185 gm)SINOPSISZaman telefon pintar ini, ...
JUDUL: Menantu Hipster
Penulis: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
ISBN: 978-983-097-682-2
Kod: GB459
Tebal: 136 ms
Harga: RM 20/ RM 22
Berat:  0.185 KG (185 gm)


SINOPSIS

Zaman telefon pintar ini, media sosial menjadi pilihan utama tempat longgokan luahan, kesedihan, kebimbangan dan kerisauan. 

Tidak terkecuali mereka yang risau untuk berhadapan dengan mentuanya.


Berikut ialah catatan salah seorang daripada mereka:
“Assalamualaikum, saya nak tanya pendapat kalian semua. Saya dan bakal suami merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Tapi sampai saat ini hati saya masih berbelah bagi untuk berkahwin dengannya atas sebab gerun dengan sikap ibunya. Belum berkahwin lagi, dia seboleh-bolehnya nak kawal saya dan anak dia. Dipendekkan cerita, cara hidup saya nanti, dia yang nak tentukan sebagai contoh kerja-kerja rumah, memasak dan sebagainya.

Saya pula tidak suka orang tentukan kehidupan saya. Apa yang saya nak buat, selagi tidak melanggar hukum atau undang-undang memang saya akan buat.

Saya bertambah sangsi apabila dia menceritakan keburukan menantu sulungnya kepada saya. Bermacam-macam kisah buruk didedahkan. Saya pula bukan suka mengumpat atau jaga tepi kain orang. Bagi saya tidak adil kalau dengar dari sebelah pihak saja. Pernah jugak saya terfikir jika betul menantu sulungnya itu tidak betul, mengapa dia tidak duduk bersemuka dengan menantu itu dan bertanyakan apa masalah dia. Saya rasa tak perlu nak kutuk-kutuk hal dia kepada adik beradik yang lain. Menjaja cerita buruk dia pada orang lain. Kalau dengan menantu ini dia boleh buat begini, bagaimana pula saya nanti. 

Saya akur, baik macam mana pun menantu dengan mentua yang duduk serumah, pasti akan ada masalah kecil yang akan diperbesarkan mentua. Tengok daripada situasi sekarang, saya tidak tahu sama ada bakal mentua ini mampu atau tidak memahami cara hidup saya sebagaimana yang mak dan ayah saya menghormati saya.

Saya sudah berpesan kepada bakal suami, apabila sudah berkahwin nanti, saya tidak mahu tinggal di rumah keluarga dia begitu juga di rumah keluarga saya. Tetapi ibunya dari awal lagi sudah paksa kami tinggal dengannya. Apalagi anak dia ini adalah anak bongsu kesayangannya. Apa pandangan semua?”

Dijawab oleh kawan-kawannya di media sosial:
·      “Huhu ... kes berat ni. Kena fikir masak-masak. Buatlah solat Istiharah.”
·      “Saya selalu ingat pesan mak saya, ‘Kalau ibu lelaki memang sudah tidak suka kita, janganlah berkahwin dengaan anaknya. Nanti banyak masalah.’”
·   “Bakal suami kena main peranan juga. Kalau boleh jangan ikutkan sangat cakap maknya. Sebagai ketua keluarga, dia yang uruskan keluarganya sendiri. Bukan ibunya. Tetapi syurga tetap di bawah tapak kaki ibunya. Jangan sampai derhaka sudahlah. Memang kita kena dengar cakap mereka tetapi janganlah sampai hal rumah tangga kita pun mak ayah masuk campur. Cuba berbincang dengan bakal suami awak.”
·        “Bakal mentua anda memang tidak suka atau anda sahaja yang rasa gerun? Jangan peduli dan ambil kira sangat. Selepas berkahwin duduk rumah sendiri atau cari rumah sewa. Duduk jauh-jauh sikit. Bila ada masa, pergilah melawat dia.”
·     “Bakal suami awak kena buat keputusan. Seorang suami wajib sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anaknya. Walaupun syurga suami di bawah tapak kaki ibunya, tetapi suami masih boleh buat keputusan yang terbaik untuk keluarganya sendiri. Sekali sekala, ziarahlah ibu itu dengan membawa buah tangan atau apa sahaja untuk mengambil hatinya.”