RASUKAN BUAYA
New -20%

RASUKAN BUAYA

RM8.00 RM10.00
Product Code: BP0045
Stock 400

Overview

RASUKAN BUAYA ISBN: 978-983-097-838-3Kod: BP0045Penulis: Iz ZunairahTebal: 136 msHarga: RM10.00/ RM12.00SINOPSISDarah memancut keluar. Kepala Salim terpisah dari badan. Haikal memegang kepal...
RASUKAN BUAYA 
ISBN: 978-983-097-838-3
Kod: BP0045
Penulis: Iz Zunairah
Tebal: 136 ms
Harga: RM10.00/ RM12.00


SINOPSIS

Darah memancut keluar. Kepala Salim terpisah dari badan. Haikal memegang kepala Salim dan meneguk darah yang keluar dari tubuh sahabatnya itu.

            Dalam sekelip mata, Haikal bertukar rupa. Kepalanya menjadi panjang. Rahang bergigi tajam pantas tumbuh di bahagian mulut. Lidahnya terjelir. Haikal dapat merasakan satu aliran tenaga memasuki tubuhnya. Urat-urat saraf seakan membengkak. Dia meraung kuat. Malah, malam ini dia kekenyangan darah segar.

            Haikal merangkak keluar gua. Matanya ditala ke kiri dan kanan. Pergerakannya pantas. Dia memandang bulan mengambang di dada langit, lantas membuat lolongan panjang. Burung-burung di sekitarnya berterbangan akibat disergah dek lolongan itu.


Tentang Penulis:
Iz Zunairah merupakan nama pena kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor.

    Penulis cerpen di dalam beberapa buah buku antologi seperti EpistolariSedetik.docBlur dan Kembara Ternoktah Di Syurga.


    Karya ini merupakan karya kedua bersama Buku Puris selepas novelet Seramistik, Pulangkan Kembar Puaka.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue