Mak Cik Bawang Positif
-20%

Mak Cik Bawang Positif

RM12.00 RM15.00
Product Code: GB0562
Stock 799

Overview

MAK CIK BAWANG POSITIFISBN:  978-983-097-818-5Kod: GB0562Penulis: Aishah Abdul RahmanTebal: 136 msHarga: RM15.00/RM17.00SINOPSISMengapa mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh m...
MAK CIK BAWANG POSITIF
ISBN:  978-983-097-818-5
Kod: GB0562
Penulis: Aishah Abdul Rahman
Tebal: 136 ms
Harga: RM15.00/RM17.00



SINOPSIS
Mengapa mesti membawang sesuatu yang negatif jika kita boleh memilih untuk terus menjadi Mak Cik Bawang Positif? Mengutarakan sesuatu yang baik, dengan cara yang baik. Tidak perlu sinis, tidak perlu kasar sangat menegur manusia, tidak perlu mengutuk sesiapa.

Berkongsilah kebaikan dengan cara yang tidak melukakan. Betulkan kesilapan dengan cara yang betul. Betulkan orang lain dengan adab dan akhlak sendiri. Boleh sebenarnya! – BONDA NOR


Buku ini digarap berdasarkan situasi-situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Merungkai peristiwa dari sudut pandang yang positif dan teguh meyakini bahawa setiap kejadian yang berlaku bukan ‘saja-saja’ ditakdirkan oleh Allah SWT. Semuanya ada ibrah. Segalanya ada hikmah. Lebih elok kita kutip hal-hal yang baik daripada ‘membawang’ menceritakan aib.

Mengetengahkan konsep penceritaan yang ringkas dan santai. Tidak perlu masa tertentu untuk fokus menghadam intipatinya. Boleh dibaca di mana-mana. Sesuai bagi pembaca yang selalu sibuk sehinggakan kadang-kadang ‘beli buku tapi tak sempat baca’.

Mak Cik Bawang Positif - sentiasa bermujahadah mencari syurga Allah SWT.

Tentang Penulis:


AISHAH ABDUL RAHMAN berasal dari Pendang, Kedah dan kini menetap di Kajang, Selangor. Mula berjinak dalam bidang penulisan pada tahun 2008 sehingga terbitnya naskhah pertama bertajuk Sukses dalam Karier untuk Muslimah (PTS Millennia). Penulis juga pernah terlibat dengan kolaborasi untuk antologi Blur (Galeri Ilmu), antologi Clear (Galeri Ilmu) antologi Sedetik.doc (Metro Media) dan sebuah antologi cerpen kanak-kanak bertajuk Terima Kasih, Ibu (DBP).

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue