DIARI IMAN 2
-10%

DIARI IMAN 2

RM9.00 RM10.00
Product Code: BP030
Stock 174

Overview

DIARI IMAN 2ISBN: 978-983-097-772-0Kod: BP030Penulis: NIX RIDZWANTebal: 128 msHarga: RM10.00/RM12.00Berat: 0.150 kg (150 gm)SINOPSISIman mengembara bersama Kugar dalam melaksanakan misi menc...
DIARI IMAN 2
ISBN: 978-983-097-772-0
Kod: BP030
Penulis: NIX RIDZWAN
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/RM12.00
Berat: 0.150 kg (150 gm)


SINOPSIS


Iman mengembara bersama Kugar dalam melaksanakan misi mencari kunci peti azimat dan juga mencari anak dan isteri Kugar. Mereka telah terserempak dengan Radeus, salah seorang manusia Satria yang juga merupakan pahlawan pedang yang digeruni. 

Mereka telah berjaya memujuk Radeus untuk turut sama dalam pengembaraan tersebut memandangkan Radeus juga mempunyai misi mendapatkan kembali pedang keturunanya yang telah dicuri.

   Dalam pergembaraan mereka iaitu Iman, Info, Kugar dan Radeus, mereka telah berhadapan dengan makhluk pelik dan manusia Satria yang punyai kekuatan luar biasa iaitu Si Beruk Raksasa, Macaque dan Master Mavera yang cuba mengagalkan misi pengembaraan mereka itu. Robot Info yang menjadi peneman Iman pula telah dibawa lari.

     Apa yang akan berlaku pada Iman dan bagaimana dengan nasibnya di alam Satria ini pada masa hadapan? Ikuti kisah pengembaraan Iman dalam terbitan komik seterusnya.



Tentang Penulis:

Nix Ridzwan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkhidmat sebagai Design Coordinator di sebuah syarikat produksi di KL Sentral, Kuala Lumpur selain sebagai Freelance Designer. Beliau masih baru dalam bidang komik dan komik ini merupakan karya kedua beliau yang diterbitkan bersama dengan Buku Puris.