TEAM UP!
-20%

TEAM UP!

RM18.40 RM23.00
Product Code: BP021
Stock 84

Overview

Berat: 0.310 kg (310 gm)Komik TEAM UP! tentang permusuhan antara Empayar Muluk dan Empayar Namrud yang masing-masing mewakili kerajaan Islam dan kerajaan bukan Islam. Pada peperangan besar ...
Berat:  0.310 kg (310 gm)


Komik TEAM UP! tentang permusuhan antara Empayar Muluk dan Empayar Namrud yang masing-masing mewakili kerajaan Islam dan kerajaan bukan Islam. 

Pada peperangan besar yang lepas, ketua empayar Muluk dan empayar Namrud iaitu Sultan Abdul Aziz dan King Namrud III telah membuat perjanjian perdamaian dan telah disyaratkan selama 50 tahun oleh Sultan Abdul Aziz. Perjanjian ini dimaterai setelah terhempasnya meteor yang dinamakan Oplo di pusat bandar ibu kota Empayar Muluk, kota Maqdis sewaktu peperangan masih berlangsung.

Kemudian, saintis dan pengkaji di Empayar Muluk mendapati Oplo mampu mengeluarkan tenaga tersendiri dan ia telah dijadikan sumber tenaga. Maka bermulalah era teknologi dan kemajuan di sana. Rakyat Muluk mula tenggelam dengan kehidupan moden dan mereka juga makin jauh daripada ajaran agama Islam.

Pada tahun ke-40 perjanjian, sekali lagi meteor terhempas di Empayar Muluk. Apa yang mengejutkan, meteor tersebut jatuh tepat di kawasan meteor Oplo. Perkara pelik mula terjadi di mana segala ciptaan yang menyerap tenaga daripada Oplo tidak lagi berfungsi. Ternyata meteor kedua tersebut mampu memadamkan kuasa Oplo. Empayar Muluk lumpuh.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue