Destinasi
-82%

Destinasi

RM3.00 RM17.00
Product Code: GB0331
Stock 100

Overview

JUDUL: Destinasi PENULIS : Syed Alwi Alatas Kategori: Novel Tarbiah Dewasa TEBAL: 256 ms ISBN: 978-983-097-480-4 HARGA: RM 17.00 / RM 19.00   SINOPSIS: “Saya melihat sendiri bagaiman...

JUDUL: Destinasi

PENULIS : Syed Alwi Alatas

Kategori: Novel Tarbiah Dewasa

TEBAL: 256 ms

ISBN: 978-983-097-480-4

HARGA: RM 17.00 / RM 19.00

 

SINOPSIS:

“Saya melihat sendiri bagaimana cinta menjadikan orang itu sakit. Saya belum pernah menyaksikan penyakit yang lebih keras dan lebih aneh daripada itu. Penyakit yang bukan hanya tidak difahami oleh orang-orang sihat, juga oleh si pesakit itu sendiri. Saya tidak mampu menyaksikan keadaan seperti itu. Namun, apa yang mampu saya lakukan? Sungguh sukar menemukan ubat bagi putus cinta seperti itu.”

“Allah. Dialah ubatnya,” potong Khair.

***

Khair, pemuda berusia 19 tahun, serta sahabat rapatnya, Turam, memutuskan untuk mengikuti ajaran Guru. Mereka meninggalkan kepekatan tradisi berhala yang menguasai masyarakat. Mereka kemudiannya menempuh jalan yang lurus menuju Tuhan. Tidak sekadar secara maknawi, tetapi juga secara fizikal.

Destinasi adalah kisah seorang penempuh jalan. Perjalanan menuju puncak cinta dan cita-cita. Perjalanan menuju Tuhan. Ia adalah kisah yang akrab dengan kita semua, namun seringkali hilang maknanya dalam arus globalisasi yang mengancam. Melalui pembacaannya, ia diharap mampu menyentuh hati-hati di luar sana untuk merenung hakikat kewujudan diri di dunia ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue