Wakaf Buku@Kitab: Peluang Terbaik untuk Saham Akhirat Kita - Galeri Ilmu

Wakaf Buku@Kitab: Peluang Terbaik untuk Saham Akhirat Kita

Program Beli Buku & Wakaf ini bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan buku sebagai salah satu medium wakaf bagi manfaat umat.


Secara tidak langsung, program ini menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk beramal, di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menimba ilmu.


Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, Galeri Ilmu Sdn Bhd melalui laman web iaitu www.galeriilmu.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim atau lain-lain institusi, samaada yang dipilih oleh pewakaf atau sebaliknya.


Selain menghantar buku ke pusat pengajian, kami juga akan salurkan waqaf ini untuk program-program seperti daurah dan seminar yang menggunakan buku/kitab galeri ilmu sebagai rujukan utama pengajian. Keutamaan diberikan kepada mana-mana peserta program yang tidak berkemampuan.


Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.


Jika kalian antara salah seorang dermawan di sini, sudi-sudikan untuk berwaqaf. Di Website kami sudah tetapkan pakej yang bersesuaian. Kalian hanya pilih sahaja mengikut kemampuan.


CARANYA:

  1. Layari website Galeri Ilmu. 
  2. Pilih mana-mana pakej wakaf dan “add to cart”
  3. Log in jika sudah register sebelum ini. Jika belum register seperti biasa.
  4. Isi maklumat lengkap termasuk alamat, emel dan nombor telefon.
  5. Pilih method pembayaran.
  6. Akhir sekali sebelum klik COMFIRM ORDER, boleh isikan kepada siapa nak wakafkan dengan menulis diruang komen atau pesanan, contohnya, “Saya nak wakaf dekat peserta daurah” atau seumpamanya. Jika tidak isi pun tidak mengapa.
  7. Klik Comfirm Order dan buat pembayaran seperti biasa.

TAWARAN ISTIMEWA:
Istimewanya jika anda mewaqafkan lebih RM300 dan ke atas anda akan dapat:

  1. E-Voucer untuk pembelian di Website Galeri bernilai RM50. Boleh buat pembelian pada bila-bila masa.
  2. Didaftarkan sebagai agen dropship GIMG di mana akan akan mendapat diskuan 25% untuk setiap produk buku kami. Yuran kebiasaan RM20 seumur hidup, tapi anda akan dapat percuma, juga seumur hidup.

Moga dengan infaq kalian, ramai akan beroleh manfaatnya. 

Leave a Comment

Scroll to Top