Terkini, Buku Baharu Februari 2020 - Galeri Ilmu

Terkini, Buku Baharu Februari 2020

Setiap bulan Galeri Ilmu pastinya akan sajikan buku-buku baharu dalam pelbagai segmen untuk tatapan anda. Sempena KL Baca 2020, jom tambahkan judul buku ini dalam senarai bahan bacaan anda untuk tahun 2020:

1. ILMU TAJWID RINGKAS

Buku ini disusun oleh AF Ustaz Dr Shamsul Mohd Noor. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program. Ilmu Tajwid Ringkas adalah karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas.

Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.  Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, memenuhi hak-hak setiap huruf dan menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.

INFO LANJUT:  KLIK SINI

2. SELAWAT KE ATAS RASULULLAH: SATU PENJELASAN

Buku ini membahaskan isu selawat yang menjadi persoalan dalam masyarakat Muslim; sama ada ia daripada Rasulullah SAW atau bukan daripada Baginda. Selawat itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa. Ia diperintahkan kepada umat Islam malah menjadi rukun atau menyempurnakan ibadah seperti solat dan doa. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara berselawat kepada para Sahabat apabila mereka bertanya. Selain itu, ia juga menghimpunkan lima selawat yang popular dalam masyarakat namun lafaznya bukanlah bersumber daripada hadis Rasulullah SAW. Penulis membawakan pendapat-pendapat ulama daripada kitab-kitab hadis dan tafsir juga pendapat-pendapat ulama muktabar zaman moden.

selawat

INFO LANJUT: KLIK SINI

Kedua-dua buku ini adalah dalam kategori buku Agama terbitan Galeri Ilmu. 

Scroll to Top