Tahap Darurat Ketiadaan Air yang Membenarkan Tayamum - Galeri Ilmu

Tahap Darurat Ketiadaan Air yang Membenarkan Tayamum

Ketiadaan air adalah salah satu syarat yang mengharuskan tayamum. Adakah ketiadaan air itu syarat mutlak atau bersyarat?

Tidak harus (tidah sah) bertayamum bagi orang yang ketiadaan air kecuali dengan beberapa syarat berikut:

  1. Dia yakin akan ketiadaan air di sekelilingnya. maka dia hendaklah mencari air terlebih dahulu di sekelilingnya iaitu hadapan dan belakang, kiri dan kanan.
  2. Air ada di sekelilingnya tetapi sukar untuk mendapatkannya seperti kawasan air dikepung oleh musuh atau tiada timba atau alat untuk mengambil air dari telaga yang dalam.
  3. Sekiranya ada air di sekelilingnya tetapi tidak mampu diperolehi secara percuma, maka dia wajib membelinya jika pemilik air mahu menjualnya.
  4. Mencari air selepas masuk waktu solat.

    ***
    Petikan buku Solat Ketika Keuzuran tulisan Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar. Saksikan penulis bersiaran di FB Live Galeri Ilmu pada 23 Oktober 2020.

Scroll to Top