SIRI PEMBONGKARAN KEHIDUPAN DI ALAM BARZAKAH YANG BAKAL KITA SUSULI KELAK - Galeri Ilmu

SIRI PEMBONGKARAN KEHIDUPAN DI ALAM BARZAKAH YANG BAKAL KITA SUSULI KELAK


Di dalam kubur nanti ada beberapa golongan yang akan kita hadapi antaranya ada yang mengadap depan Allah dengan penuh penyesalan. 

Sebab itu si mati di dalam kubur meminta kepada Allah untuk hidupkannya semula dan kebalikan semula ke dunia. Dalam surah al-Mukminun ayat 99-100, si mati meminta kepada Allah,

“Wahai Tuhanku, bagilah peluang untuk aku kembali hidup di atas dunia…”

Kenapa nak hidup balik?

“Kalau aku hidup balik ya Allah, aku nak buat balik amalan soleh yang aku tertinggal waktu mana aku hidup dahulu.”

Allah sebut (Jawab)

“Jangan harap kamu boleh hidup balik. Hanya mulut-mulut kamu yang sebut, kamu nak hidup, nak hidup, sedangkan dibelakang kamu, kamu akan hadapi hidup di alam barzakh sampai kamu dibangkitkan di hari akhirat nanti.”

Orang yang berada di dalam kubur nanti, mereka akan berada dalam keadaan penuh keazaban. Siapa yang akan berada diazab ini?

Merekalah orang yang kufur, tak beriman kepada Allah. Di saat itu tidak ada lagi kenikmatan baginya.

Orang di dalam kubur sangat memerlukan pertolongan waktu dia berada di dalam kubur nanti. 

Kenapa Allah jadikan Barzakh dalam hidup kita ini? Kenapa kita tidak mati dan terus ke Padang Mahsyar terus? Sepatunya begitulah, kan? Senang tak perlu lagi barzakh.


Itulah antara kupasan AF Ustaz Dusuki Abdul Rani tentang kehidupan di alam barzakah, Banyak lagi sebenarnya yang dimuatkan dalam buku siri Alam Barzakh ini.

Dapatkan kesemua karya Tuan Guru Ust Ahmad Dusuki Abd Rani. Siri Alam Barzakh ini menceritakan siri-siri alam selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya.  Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. 

Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.

Leave a Comment

Scroll to Top