fbpx

SEMINAR MISTERI ALAM BARZAKH 2.0

Seminar Misteri Alam Barzakh 2.0 adalah kesinambungan seminar sebelum ini bagi membicarakan perihal alam kubur dan suasana di akhirat kelak dengan menjadikan buku siri Mauizah Hasanah serta buku terbaharu Terhumban Ke Kawah Neraka, tulisan AF Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sebagai rujukan utama.

Sabtu, 28 September 2019

Hari
Jam
Minit
Saat

PENCERAMAH

AF Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Merupakan Seorang Pendakwah Bebas Berkelulusan Universiti al-azhar dalam Bidang Syariah dan Undang-undang, Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Penasihat Kompleks Ilmu al-azhari, Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (Gappima) dan penulis buku. Beliau sering dijemput untuk siaran TV dan Radio seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma dan Rancangan Radio Ikim.fm.

Pengalaman dalam Dakwah

  •  Menjadi Guru sandaran di sekolah Kebangsaan Taman Midah Cheras pada sesi (1994-1995)
  • Menjadi guru sandaran sekolah menengah Agama Bt 10 Cheras (1995)
  • Pensyarah Kolej Sistematik (2000-2004)
  •  Penasihat Rumah Kebajikan anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Johan Setia Klang (2003 sehingga kini)
  • Penceramah Radio Selangor FM rancangan Suara Mimbar (2001), Radio Nasional FM rancangan Dinamik, Fiqhul Sirrah (2002)
  • Tenaga pengajar Persatuan Orang pencen (pop) Masjid sultan Salahuddin Abd Aziz masjid negeri Selangor (2000 sehingga kini)
  • Pembentang kertas kerja di seminar yang di anjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan jabatan jabatan kerajaan dan swasta.
  • Penceramah di masjid-masjid, Surau, dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta di negeri Selangor, Perak, Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan kawasan sekitar.
  • Penal Forum Perdana Nasional F.M dan RTM

Apa Kata Peserta Seminar Sebelum Ini?

Ikuti rangkuman Seminar Misteri Alam Barzakh 1.0 yang diadakan sebelum ini. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Ikut juga pandangan peserta yang telah mengikuti program  sebelum ini. (KLIK BUTANG VIDEO DI BAWAH)

Play Video

Aturcara Seminar

8.00 am: Pendaftaran

8.30 am: Pembukaan

8.45 am: Sesi Pertama

10.00 am: Rehat

10.30 am: Sesi Kedua

12.30 pm: Penutup

1.00 pm: Bersurai 

Buku Rujukan Utama Seminar

Tidak ada jaminan bahawa kita boleh terlepas daripada dihumban ke dalam neraka. Seandainya terjadi, ia adalah detik yang sangat malang dan sangat merugikan. Hidup selama 1000 tahun sekalipun, langsung tidak ada makna. Sedih sungguh. Namun kesedihan pada saat itu sudah tidak berguna lagi. Sementara masih bernyawa inilah kesempatan untuk kita membuat persiapan dan beramal sebanyak-banyaknya supaya kita diselamatkan daripada api neraka. Buku ini tidak menampilkan kisah seram dan menakutkan yang menaikkan bulu roma. Ustaz Ahmad Dusuki mahu kita mengambil ibrah daripada setiap ayat al-Quran dan hadis berkenaan neraka yang terdapat dalam buku ini. Antara yang dikupas:

  • Nama-nama neraka dan sifat-sifatnya
  • Nama pintu-pintu neraka
  • Gambaran neraka
  • Makanan, minuman, pakaian dan tempat tidur di neraka
  • Api neraka berbicara
  • Hari-hari terakhir di neraka dan banyak lagi.

LOKASI SEMINAR

 

DEWAN KULIAH UTAMA, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA,50603, KUALA LUMPUR

YURAN SEMINAR

SINGLE

RM 60
Seorang
  • Termasuk sarapan pagi
  • Buku "Terhumban ke Kawah Neraka"
  • Akses ke Group Channel Rasmi Galeri Ilmu.

GROUP

RM 55
seorang
  • Termasuk sarapan pagi
  • Buku "Terhumban ke Kawah Neraka" (Setiap Seorang)
  • E-Vaucer bernilai RM10 (Setiap Seorang)
  • Buku Percuma bernilai RM50 untuk 1 kumpulan.
  • Akses ke Group Channel Rasmi Galeri Ilmu

OPTIONAL

Tidak Termasuk Buku
RM 40
Seorang
  • Termasuk Sarapan Pagi
  • Akses ke Group Channel Rasmi Galeri Ilmu

Jika ada kekangan, boleh bayar deposit dahulu, RM30 sebagai tanda komitmen untuk hadir dan memudahkan kelancaran program. Namun, wang deposit ini tidak akan dikembalikan jika anda tidak hadir. Wang ini akan dimasukkan ke dalam tabung wakaf Kitab Galeri Ilmu.

Q&A

Kami maklum, mungkin banyak persoalan yang ingin ditanya. jadi kami sediakan jawapan yang terbaik buat anda

Mohon maaf, anak kecil tidak dibenarkan bagi mengelakkan sebarang gangguan sepanjang berlangsungnya seminar. Jika mahu membawanya juga, boleh, tetapi tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam bilik seminar. Seeloknya datang bersama penjaga.

Sasaran utama kami adalah lepasan SPM, 18 tahun dan ke atas, ibu ayah, dan orang awam yang sudah berkerjaya atau sebaliknya. Jika anda mahu membawa anak yang berumur 18 tahun ke bawah, tidak menjadi masalah, cuma dikuatiri kontennya terlalu berat untuk dihadam oleh peserta.

Cukup bawa pen dan buku nota sahaja untuk mencatat. Kami akan bekalkan buku modul program Terhumban ke Kawah Neraka.

Ya, ada stesyen LRT STESEN UNIVERSITI  jaraknya hanya 3KM dengan lokasi program. Dari stesyen, boleh dapatkan teksi atau GRAB untuk ke tempat program. 

Kawasan parking cukup insya-Allah. Cuma lebih elok jika datang awal boleh parking berdekatan dengan kawasan bangunan. Kami sarankan jika anda boleh naiki kenderaan awam lagi bagus. 

Ya ada. Aras awah bangunan Akademi Pengajian Islam. Harganya berpatutan, harga pelajar. Boleh nikmati untuk makan pada waktu rehat, dan makan tengah hari. Untuk sarapan pagi, kami sudah sediakan untuk anda. 

Mohon maaf, wang pendaftaran tidak akan dikembalikan. Kecuali buku akan dipos kepada anda. Wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung wakaf kitab Galeri Ilmu. Kami cadangkan, jika tidak dapat hadir, cari pengganti untuk isi tempat anda, atau boleh wakilkan kepada urusetia untuk carikan pengganti.