Rupanya Inilah Hikmah Allah Wajibkan Tutup Aurat dan Jaga Pandangan

Di dalam buku Wajah Wanita, tulisan Ustazah Maznah Daud dan Ustaz Dr Anisah Abd Ghani, mereka berkongsikan satu kajian yang dibuat ke atas mahasiswa dan mahasiswi di sebuah universiti di Belanda. Kajian memfokuskan kepada isu tarikan, godaan dan pendedahan aurat.

Kajian kajian tersebut mengatakan bahawa, semakin banyak banyak perhiasan dan daya tarikan pada seorang wanita, semakin hebat kesan yang terjadi ke atas lelaki yang memandangnya. Kajian menunjukan sel-sel otak yang memainkan peranan memproses maklumat dan membuat keputusan akan terjejas kerana kehadiran wanita, memandanganya dan bercakap-cakap dengannya.

Dapatannya ialah, memandang kepada wanita yang mendedahkan aurat menyebabkan lelaki hilang tumpuan, menjejaskan pertimbangan dan tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang jitu dan bernas.

Keadaan itu dialami beberapa ketika selepas berlakunya pandangan sehingga kesan pandangan itu hilang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa melihat wanita yang berhias dan mendedahkan aurat lebih besar kesannya berbanding wanita yang kurang berhias, berpakaian sopan, dan menutup aurat.

Surah An Nur ayat 30 dan 31

Kajian ini nampaknya selari dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 30-31. Terserlah hikmah kenapa Allah perintahkan wanita supaya menutup aurat selepas perintah mengawal pandangan dan memelihara kemaluan yang juga ditujukan kepada kaum lelaki.

Pandangan Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi

Dalam isu pandang memandang antara berlainan jantina ini, Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi berpendapat, ada 4 situasi:

  1. Lelaki menjaga pandangannya dan wanita pula menutup auratnya.
  2. Lelaki menjaga pandangannya sedangkan wanita mendedahkan aurat dan perhiasannya.
  3. Lelaki tidak menjaga pandangannya sedangkan wanita menutup aurat dan perhiasannya.
  4. Lelaki tidak menjaga pandangannya dan wanita pula mendedahkan aurat dan perhiasannya.

Dalam keempat-empat situasi ini, yang keempatlah paling bahaya dan menyumbang kepada punca berlakunya maksiat yang tidak terkawal. Maka jelaslah betapa pentingnya wanita menutup aurat dan lelaki menjaga pandagannya.

.

.

Perkongsian menarik boleh dapatkan dalam buku Wajah Wanita.

Leave a Comment

Scroll to Top