Ramadhan Tanpa Rokok

Mengapa perokok mampu TAK MEROKOK pada waktu puasa pada bulan Ramadhan? Doc yang TAK PERNAH seumur hidup sentuh apatah lagi menghisap rokok berasa amat hairan lagi terpinga mendapati selama menjalankan ibadah puasa, perokok dapat menghentikan kebiasaan merokok.

Dari sahur hingga waktu berbuka puasa selama satu bulan penuh pula tu. Hebat bukan? Anda nak tahu mengapa? Si Perokok semuanya ada jawapannya di mana anda yang tak merokok tak tahu tapi ingin tau.

PSIKOLOGI
Dari segi psikologi, ia mengikut mindset yang telah dibaja sejak anda kecil lagi. Waktu itu otak masih segar belum dikotori atau dinodai oleh noda-noda hitam semasa meniti perjalanan hidup sejak kecil hingga sekarang.

1. KEPERCAYAAN/FAITH/SUARA HATI
Didikan ibu bapa menanam IMAN dan TAKUTKAN ALLAH sejak kecil dan ilmu yang dituai dalam dirinya sebelum terjebak atau terpengaruh rakan kaki merokok.

Semua perokok tahu baik buruk merokok. Baik buruk kepada dirinya atau orang kesayangan di sekelilingnya seperti isteri dan anak-anak bahawa dalam jangka panjang atau hari tua nanti akan hadapi penyakit seperti bronkitis, COAD15, dan kanser.

Allah ada BERI dia permata tak ternilai iaitu secebis IMAN yang berharga dalam hatinya yang masih kuat yang dirinya sendiri tahu. Bukan senang nak dapat iman ini!

Kerana IMAN ini TINGGI sedikit daripada KETAGIHAN rokok, maka si perokok dapat menjalankan ibadah puasa TANPA MEROKOK dari sahur hingga waktu berbuka puasa selama satu bulan penuh. Kerana secebis IMAN ini, dia tahu ALLAH MAHA MELIHAT apa yang dia lakukan sama ada menghisap rokok atau makan menyorok tanpa pengetahuan orang (tapi Allah mengetahui).

2. DIAWALI DENGAN NIAT
Kita diwajibkan NIAT waktu sahur sebelum berpuasa. NIAT dalam psikologi amat tinggi impaknya terhadap MINDSET setiap insan. Anda akan lebih mudah menjalani puasa dengan baik kerana anda rasa sudah PUNYAI komitmen yang utama dalam diri sendiri iaitu puasa.

Maka merokok tidak jadi keutamaan anda. Selain niat, tetapkan juga tujuan anda berpuasa serta BERAMAL IBADAT untuk dapat ganjaran yang Allah janjikan serta memperolehi TAKWA. Fungsinya, agar anda lebih bermotivasi untuk mencapai matlamat tersebut.


3. KEHENDAK/DORONGAN /DESIRE
Disebabkan ada DORONGAN tinggi untuk kebaikan diri sendiri. Jangan fikir orang MEROKOK itu akan merokok seumur hidupnya. Apabila ada KEHENDAK dan DORONGAN untuk berubah, berpuasa, beramal dan hendak buat amal kebaikan akan ditajalli/menjadi nyata dengan usaha yang mendalam dari lubuk hati. Diri sendiri mahu berubah kepada kebaikan.

Doc amat terpegun, ramai pesakit Doc berubah perangai 360° daripada merokok sehingga tak boleh bau rokok tatkala umur makin senja. Siapa nak tongkat langit? Jadi, amalan pun akan berubah jika sedar umur di hujung perjalanan.

Sudah hampir menghadap Allah suatu hari nanti. Amalan kita akan sendiri berubah. Syukur alhamdulillah, anda salah seorang daripadanya. Insya-Allah. Bagi para isteri, banyakkan doa untuk suami anda pada bulan puasa yang mulia. Insya-Allah suatu hari segala hajat anda dimakbulkan Allah. Amin.

Doc ucapkan all the best kepada geng perokok. Doc doakan suatu hari nanti anda akan STOP merokok dengan sendirinya seperti ramai pesakit Doc di Penang. You all can do it. Insya-Allah.

***
Petikan buku Saya Sakit Apa Doktor?, karya terbaharu Dr. Abdul Rahim.



Scroll to Top