Penyebaran Aib dan Fitnah di Media Sosial: Peguam Ini Beri Panduan agar Mangsa Tahu Ambil Tindakan Undang-undang

Sekiranya anda menerima sebarang e-mel, SMS, WhatsApp dan seumpamanya yang berbaur ugutan termasuklah gangguan yang melampau serta menyakitkan hati, serta rasa terganggu mental dan kehidupan, ada akta boleh melindungi diri anda seperti Akta Jenayah Cyber 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Adalah menjadi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang:

  • Lucah.
  • Sumbang.
  • Mengancam.
  • Jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Oleh yang demikian, sekiranya anda menerima apa-apa kandungan komunikasi yang mempunyai elemen-elemen seperti di atas, sila kemukakan aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan menyertakan butir-butir berikut untuk diambil tindakan:

  1. Penjelasan terperinci berkenaan aduan yang dikemukakan dan bukti yang menunjukkan berlakunya sebaran tersebut menggunakan saluran apa bagi menyokong dakwaan anda.
  2. Maklumat lengkap diri anda (nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat kediaman, nombor telefon untuk dihubungi).
  3. Sebaran menggunakan e-mel.
  4. E-mel asal yang diterima atau disebarkan.
  5. Internet header bagi e-mel tersebut.
  6. Sebaran menggunakan laman sesawang/Internet.
    • Maklumat yang diperlukan adalah URL/Link bagi kandungan/artikel/komen/petikan yang dimaksudkan.
    • Cekupan skrin URL/Link yang dimaksudkan.
  7. Bagi gangguan menerusi talian mudah alih:
    • Salinan WhatsApp/SMS/MMS/rekod kandungan percakapan atau video/rekod kekerapan panggilan yang diterima berserta masa dan tarikh.
    • Nombor telefon yang membuat gangguan.
    • Nombor telefon yang menerima gangguan.
    • (Bagi panggilan daripada ‘Private No/Withheld’ rekod masa panggilan berserta tarikh adalah perlukan).
    • Sesalinan laporan polis untuk sokongan.

Anda haruslah menyimpan bukti tersebut sepanjang tempoh siasatan dijalankan dan bersetuju menyerahkan laptop/PC/telefon berserta kad sim sebagai bahan bukti bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

***
Dapatkan lebih banyak tip dan panduan perundangan yang mudah bagi pemahaman orang awam melalui buku 165 Nasihat Tuan Lawyer tulisan AMAR (singkatan bagi Arif Muazzim Abdul Rahman).

Penulis merupakan peguam berpengalaman di firma guamannya sendiri bersama isterinya (yang juga seorang peguam) iaitu Arif Muazzim, Zawani & Co.

Scroll to Top