Monday Blues? Doktor Ini Ada Saranan untuk Anda - Galeri Ilmu

Monday Blues? Doktor Ini Ada Saranan untuk Anda

“So far macam mana kerja?”

Sejujurnya, alhamdulillah. Setakat ini saya happy. Doktor-doktor dalam department O&G (sakit puan) baik-baik belaka setakat ini.

Staff nurse pun sangat suka beramah mesra. Bahkan, sangat rajin berkongsi pahala! Bab sponsor makanan terutamanya!

Setakat ini, rutin harian biasa saja. Bangun awal pagi. Kejar punch card sebelum pukul tujuh. Kerja ikut kes yang memerlukan urusan dengan manusia. Balik pukul 10 malam. Tidur.

Tik tok tik tok.
Kring!!!

Esok bangun semula dan kitaran pun berulang seperti sediakala.

Cop! Perasan tak?

Kadang-kadang, hidup terasa seperti robot apabila perlu lalui rutin harian yang serupa, kan?

Seakan kita sedang bergerak ikut tetapan masa yang bermula dan berhenti pada waktu yang sama. Lama-kelamaan, kita akan mula jadi bosan. Kita mula anggap pekerjaan sekadar rutin harian yang tidak dapat dielakkan.

Tapi lain pula jadinya jika kita amalkan hidup sebagai seorang hamba yang ber-Tuhan. Kita punya matlamat terhadap pekerjaan yang dilakukan. Kita bukan hamba kepada manusia. Tetapi kepada Allah Yang Maha Adil penilaian-Nya.

Carilah syukur dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Barulah akan dirasakan nikmat kebahagiaan. Setakat ini, bersyukur kerana diletakkan Allah dalam satu kerjaya yang menyebabkan diri terpaksa bangun awal pagi.

Bersyukur kerana dipilih untuk berada dalam kerjaya yang berkait rapat dengan diri seorang manusia. Bersyukur apabila Allah izinkan kita belajar sesuatu dan dapat melihat dengan mata hati. Malah, sering berdoa untuk dapat lagi dan lagi.

Bersyukur apabila dapat meluangkan kebanyakan masa menggembirakan hati manusia dengan sekadar memberi senyuman mesra.

Bersyukur kerana masih dapat memejamkan mata di kala ada yang tidak mampu untuk terlena walau sedetik cuma.

Bersyukur sudah ada kerja, sementara yang lain masih menunggu masa. Dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, carilah sesuatu bentuk kebaikan yang patut disyukurkan.

Cuba senaraikan.

Jom kita!

Selamat bekerja!

***
Petikan buku Doktor Cinderella tulisan Dr. Nur Hanisah. Penulis merupakan seorang doktor muda yang bertugas disebuah hospital dan sering berkongsi pandangan melalui laman Facebook dengan hashtag #HospitalTarbiah.



Scroll to Top