Mengutamakan Kepentingan Orang Ramai - Galeri Ilmu

Mengutamakan Kepentingan Orang Ramai

Daripada Abu Hurairah r.anhuma; daripada Nabi , Baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki yang bersenang-senang di dalam syurga, kerana dibalas oleh Allah Taala daripada perbuatannya memotong sebatang pohon kayu yang melintang di jalan serta ia mengganggu jalan orang Muslimin.”

(Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya pahala orang yang membuat kerja-kerja sosial setelah melaksanakan kewajipannya terhadap Allah . Bayangkan kenikmatan yang diperolehi oleh lelaki ini. Dengan memotong sebatang pohon kayu yang menghalang di jalan sahaja dia telah dibalas dengan ganjaran yang istimewa.

Maka, kita dapat fahami di sini bahawa ibadah itu ada yang dilakukan dalam bentuk solat, zikir, bacaan Al-Quran, puasa, haji, umrah dan lain-lain, dan ada juga dalam bentuk kerja-kerja sosial atau dalam bentuk keduniaan tetapi nilai pahalanya di sisi Allah adalah sangat besar.

***

Petikan buku Haruman Rohani tulisan Syeikh Fahmi Zamzam.


Scroll to Top