Mas Kahwin vs. Wang Hantaran - Galeri Ilmu

Mas Kahwin vs. Wang Hantaran

Bismillah. Selawat ke tas Nabi Muhammad SAW.

Lelaki adalah orang pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Lelaki juga yang menjadi ketua keluarga. Lelaki juga yang menjadi wali. lelaki juga yang menjadi imam. Lelaki juga yang memegang talak. Lelaki juga yang menjadi nabi, dan lelaki juga yang dipertanggungjawabkan ke atas ibu dan adik-beradik perempuannya. lelaki juga yang diwajibkan untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya. Banyak betul peranan dan tanggungjawab lelaki.

Antara syarat sah nikah adalah pasangan yang hendak berkahwin mesti waras, iaitu bukan gila ataupun tidak siuman. Apabila disebut waras, bermkna lelaki itu mampu membezakan antara yang halal dan haram. Lelaki yang waras juga mampu membezakan antara perkara yang membazir dan yang tidak. lelaki yang waras juga mampu berfikir untuk masa depannya di dunia dan di akhirat.

Antara perkara yang perlu melalui minda seseorang yang waras adalah kos nikah. Yang mana termasuk di dalam sah nikah, iaitu sama ada mas kahwin ataupun wang hantaran. Masih banyak lagi lelaki yang tidak mampu membezakan antara as kahwin dengan wang hantaran.

Bukan sahaja lelaki muda masih cetek tentang syarat sah nikah, ibu bapa yang nak mengahwinkan anak juga banyak lagi yang belum waras, tidak dapat membezakan syarat sah nikah.

Pernikahan antara seorang lelaki dan perempuan adalah sah apabila memenuhi kriteria di bawah:
1. Lelaki Islam yang waras
2. Perempuan Islam yang waras
3. Mas kahwin
4. Saksi
5. Ijab dan kabul

Jadi, daripada senarai ini, adakah wang hantaran, kasut jam, beg tangan, al-Quran, sejadah, kek tujuh tingkat, baju gaun, bunga telur dan sirih junjung itu perlu bagi memastikan akad nikah itu sah?

***

Petikan buku Cash Flow Untuk Lelaki tulisan Shamsuddin Kadir. Pembelian buku secara online, klik sini.

Scroll to Top