Penangguhan Penghantaran Majalah Asuh - Galeri Ilmu

PENANGGUHAN PENGHANTARAN MAJALAH ASUH - GALERI ILMU

Ekoran pandemik Covid-19, Galeri Ilmu selaku penerbit rasmi Majalah Asuh mengambil keputusan untuk menangguhkan cetakan Majalah Asuh sehingga Edisi Januari 2021. Selepas itu, pihak kami akan memaklumkan sama ada diteruskan cetakan ataupun tidak.

Pihak kami juga dalam proses menghubungi semua pelanggan sedia ada secara berperingkat bagi memaklumkan hal ini.

Majalah terakhir yang sepatutnya anda terima, adalah Edisi April 2020. Sekiranya terdapat edisi yang tidak diterima sebelum itu, boleh maklumkan kepada kami untuk semakan dan tindakan lanjut dengan mengisi borang di bawah.

Maaf atas kesulitan ini.

SOAL JAWAB

Baik, maaf atas kesulitan, pihak kami sedia menghantar semula majalah yang belum diterima. Boleh isi butiran lengkap dibawah. 

Sekiranya kami mengambil keputusan untuk teruskan cetakan pada Januari 2021 nanti, kami akan tambahkan tempoh langganan anda bagi cukupkan setahun. Contohnya, Aisyah melanggan setahun, majalah yang diterima adalah selama 4 bulan, bermakna ada baki 6 bulan lagi. Jadi 6 bulan berbaki ini akan dibawa ke edisi Februari 2021 hingga seterusnya sehingga tamat tempoh setahun. 

Sebaik sahaja kami memutuskan untuk tidak lagi mencetak Majalah Asuh, ya secara amnya wang akan dipulangkan, berdasarkan baki yang ada. 

Namun, bagi memudahkan, pihak kami mencadangkan untuk ditukarkan dalam bentuk nilaian buku dan dipos kepada anda. Contohnya, baki langganan RM36, kami akan pilih mana-mana tajuk buku yang bersesuaian dan dipos kepada anda. 

Jika anda mahu pilih buku sendiri, kami akan berikan dalam bentuk E-Voucer dan boleh tebus semasa membuat pembelian di website kami http://galeriilmu.com.my

Ya, cadangan untuk terbitkan dalam bentuk E-Megazine juga masih diperingkat perbincangan dan akan dimaklumakan melalui medium platform digital kami jika sudah tersedia. 

Jika ada sebarang aduan, pertanyaan dan sebagianya, boleh isikan maklumat dan nyatakan dalam ruang yang disediakan:
Scroll to Top