Kerajaan Umumkan Strategi Literasi Kewangan 2019-2023 - Galeri Ilmu

Kerajaan Umumkan Strategi Literasi Kewangan 2019-2023

S emalam Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan berkenaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023. Dalam pembentangan itu, beliau menyatakan rasa bimbang dengan keupayaan rakyat menguruskan kewangan mereka termasuklah pengurusan hutang.
.
Strategi ini dilancarkan untuk menangani isu-isu kewangan yang lazimnya menjerat masyarakat dalam jerangkap kewangan yang tidak sihat.
.
Dalam Islam, hutang adalah wajib dibayar bahkan para syuhada yang mati syahid juga tidak terlepas daripada tanggungajwab melunaskan hutang.
.
Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Demi jiwaku dalam kekuasaan Allah, sekiranya seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah (mati syahid), dan sekiranya Allah menghidupkan dia semula, kemudian dia terbunuh pada jalan Allah lagi dan sekiranya Allah menghidupkan dia semula kemudian dia terbunuh pada jalan Allah sekali lagi, tetapi dia meninggalkan hutang maka dia tidak akan masuk syurga sehinggalah hutangnya diselesaikan.”
.
(Riwayat An- Nasa’i, Ahmad, & Al-Hakim)
.
Hadis ini menekankan betapa perlunya pengurusan hutang ini dititikberatkan. Maka ayuhlah kita sama-sama celik kewangan. Belajarlah cara mengurusakan wang.
.

Sehingga hari ini Galeri Ilmu telah menerbitkan pelbagai jenis buku-buku kewangan dalam bahasa Melayu yang mudah difahami dan menggunakan laras bahasa umum. Buku-buku ini ditulis oleh pakar kewangan dan individu berkredibiliti.


.
Layari:
http://galeriilmu.com.my/

Sudi subscribe Channel Youtube Rasmi Galeri Ilmu  (KLIK)

Leave a Comment

Scroll to Top