Kematian dalam Tempoh PKP

Ada lima perkara yang berkaitan kematian dalam tempoh PKP iaitu orang mati, pengurusan jenazah atau tajhiz mayat, solat Jenazah, tempat solat Jenazah dan pengebumian.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Covid-19. Jika si mati adalah pesakit Covid-19, maka pengurusan jenazah diurus oleh hospital dan tidak dibenarkan ahli keluarga terlibat dengan pengurusan jenazah. Jenazah tidak dimandi dan dikafan seperti biasa.

Sebaliknya jenazah ditayamum dan dibalut dengan body bag yang disediakan oleh pihak hospital. Seterusnya jenazah disolatkan di ruang yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Urusan pengebumian pula tidak melibatkan petugas yang ramai. (Untuk maklumat terperinci, sila rujuk buku garis panduan yang dinyatakan)

Sekiranya si mati bukan pesakit Covid-19, tidak dibenarkan perhimpunan ramai di rumah si mati. Pengurusan jenazah iaitu mandi dan kafan hanya diuruskan ahli keluarga atau pihak yang dilantik oleh ahli keluarga.

Solat Jenazah tidak dibenarkan di masjid. Sebaliknya solat jenazah disempurnakan di rumah dengan bilangan orang yang solat pada bilangan minimum. Semasa pengebumian tidak boleh disertai melebihi 20 orang.

Hanya bacaan doa selepas pengebumian dibenarkan tanpa bacaan talkin. (Sila rujuk panduan pengurusan jenazah semasa PKP yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

***

Petikan buku Indadah Dalam Tempoh PKP tulisan Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar.
Pembelian buku secara dalam talian boleh dibuat melalui:

Scroll to Top