Category: Kewanitaan

Berbadan Dua Kena Makan Dua Kali Ganda?

“Siapa percaya ibu mengandung perlu makan dua kali lebih banyak kerana ibu makan untuk dua orang?” tanya saya kepada peserta kelas antenatal hari itu.

Rata-rata peserta ketawa lalu mengangkat tangan.

“Siapa rasa berat dia dah naik melebihi berat yang disarankan?” tanya saya lagi.

Beberapa orang yang angkat tangan. Bising kelas seketika apabila masing-masing mahu cerita rasa gerun menaiki penimbang ‘puaka’. Seram tengok angkanya yang semakin meningkat.

Masing-masing kelihatan teruja. Ada ibu ditemani pasangan. Suami kelihatan ‘blur’ tetapi bersemangat menemani isteri yang membawa bakal zuriat pertama mereka.

“Mengikut RNI 2017, atau Recommended Nutrient Intake 2017, ibu mengandung di trimester pertama atau tiga bulan terawal hanya perlukan 80 kalori tambahan. Sedikit sahaja kerana bayi masih kecil dan berada di fasa perkembangan awal. Ketika ini juga ibu-ibu melalui fasa alahan. Muntah, loya, pening, deria bau yang berubah. Senang kata, mabuk-mabuk. Silap hari, bau suami pun ada yang boleh pening.”

Kelihatan seorang ibu menampar kecil lengan suaminya dan ketawa. Suaminya hanya tersenyum, kekal macho dan sado.

“Fasa alahan nanti saya sentuh kemudian. Fasa kedua adalah tiga bulan kedua atau trimester kedua. Ibu sudah mulai boleh makan dengan baik. Keperluan kalori akan meningkat sebanyak 280kcal berbanding keperluan tubuh biasa. Dan semasa trimester ketiga, keperluan meningkat sebanyak 475kcal berbanding keperluan asal,” jelas saya pada peserta.

“Agak-agak, semua kalori yang diperlukan ini perlu diambil daripada mana agaknya?” tanya saya.

Peserta mula menyebut pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Semua pun betul,” kata saya.

“Ibu mengandung perlu mengambil makanan merangkumi hampir kesemua jenis makanan untuk mencukupkan keperluan utama tubuh yang meningkat. Senang diingat, ikut sahaja konsep suku-suku separuh.
Suku diisi sumber karbohidrat atau bijirin. Suku diisi laukpauk dari ayam, ikan, daging, tauhu dan sebagainya. Separuh lagi diisi dengan pelbagai buah dan sayuran yang pelbagai warna.”

“Sentiasa ingat, Prinsip 1 di mana, ibu hendaklah ambil makanan mengikut keperluan ibu,” jelas saya kembali.

“Pemakanan ibu mengandung masih sama seperti orang lain. Cuma perlu dilebihkan nutrien atau zat tertentu seperti protein yang diperlukan oleh tubuh. Dengan erti kata lain, ibu harus makan dua kali ganda lebih berkualiti bagi memastikan anak di dalam kandungan membesar dengan baik dan ibu sentiasa sihat.”

“Contohnya, jika sebelum mengandung, keperluan kalori adalah lebih kurang 1660kcal. Untuk trimester pertama ibu perlu pertambahan kalori sebanyak 80kcal. Trimester kedua, tambah 280kcal dan trimester ketiga tambahan 475kcal daripada keperluan kalori asal. Jumlah keperluan tenaga paling banyak adalah lebih kurang 2100kcal sahaja. Kebiasaannya, kita ambil melebihi 2000kcal. Kan makan untuk dua orang katanya. Apa jadi agaknya bila makan lebih?” tanya saya.

“Naik berat badan. Patut la berat saya naik banyak sangat. Baru tujuh bulan ni.” Pantas seorang peserta menjawab.

“Abang la ni. Asyik suruh saya makan saja. Lepas ini tak payah beli makanan banyak-banyak lagi paksa saya makan.” Seloroh wanita 20-an itu sambil mencubit lengan suaminya.

Suaminya mengaduh seraya menggosok lengannya. Kelas gamat dengan tingkah mereka berdua.

“Ingat! Makan dua kali lebih baik dengan pelbagaikan pilihan makanan harian. Bukan makan lebih banyak daripada kebiasaan. Bagaimana nak makan dengan lebih bagus? Nanti saya kongsikan kemudian.”

***
Petikan buku Diet Mak-Mak tulisan seorang pegawai dietatik di salah sebuah hospital, Ruqayyah Muhd.



Jangan Ingat Ketawa Kita Hari Ini Bermakna Kita Sihat Sepenuhnya, Selagi Belum Amalkan Panduan dalam Buku Ini

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung: “Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Justeru menjaga kesihatan amat penting. Berbekalkan tubuh badan yang sihat kita dapat melakukan aktiviti seharian dan menumpukan kepada ibadah dengan baik. Jom jadi keluarga yang sihat dengan ketahui ilmu-ilmu yang penting dalam penjagaan kesihatan.

  1. Nasihat Pak Bidan untuk Wanita

Buku ini memuatkan pelbagai tip dan petua penjagaan kesihatan seorang wanta meliputi ikhtiar untuk hamil, penjagaan ketika hamil, dan juga risiko-risiko sakit puan.

2. ‘Ubat’ dari Dapur

Ruang dapur umpama sebuah farmasi semula jadi yang menyimpan pelbagai ‘ubat-ubatan’. Apabila kita mengenal fungsi dan khasiat setiap zat makanan itu, kita boleh mengambilnya dengan cara yang betul. Penyerapan bagi sesetengah zat makanan akan kurang berkesan apabila diganggu dengan bahan-bahan tertentu. Justeru kita dapat menyediakan makanan dengan cara yang betul dalam mengoptimumkan kandungan khasiatnya.

Dr. Suri Roowi selaku seorang saintis prinsipal di MARDI menghimpunkan kajian-kajian saintifik dalam reka letak berwarna-warni serta pendekatan yang mudah difahami ooleh para pembaca.

3. Diet Mak-Mak

Walaupun buku ini kedengaran seperti khusus buat wanita yang bergelar ibu, namun buku ini juga boleh juga dimanfaatkan oleh semua wanita. Bersama penulis yang juga seorang pegawai dietatik, menyelami panduan dan amalan diet yang disarankan buat wanita mengikut keperluan tubuh masing–masing.

Selain itu penulis turut menyelitkan tip, doa dan amalan-amalan yang baik diamalkan oleh ibu hamil, berpantang dan juga menyusukan bayi. Ibu yang sihat tunjang kelurga sakinah.

4. Diet Tanpa Stres

Apabila mendengar perkataan diet, ia sinonim dengan keadaan yang sukar dan membebankan. Usah risau, Arif Sukri atau nama gelarannya ‘Ustaz Fitness’ ada penyelesaiannya. Sebagai seorang yang pernah berdepan dengan masalah obesiti, beliau ingin para pembaca menikmati proses diet sebagai pengalaman yang menyeronokkan.

Tanpa tekanan, tanpa perlu meninggalkan nasi sepenuhnya, ketahui petua untuk mengawal pengambilan kalori serta cara membakar kalori secara berkesan. Semuanya tanpa stres dan anda masih mengamalkan diet yang sihat.

***

Pembelian buku terbitan Galeri Ilmu secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web atau pesanan WhatsApp.

5 Buku Wanita Perlu Baca

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ 
(Riwayat Muslim)

Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dikhususkan buat wanita. Berikut merupakan buku-buku yang disarankan buat wanita agar dapat menambah pengetahuan umum melalui pembacaan santai.

1. Sahabat Dunia Akhirat

Buah tangan pertama Ustazah Asma’ Harun ini bukan sekadar ayat-ayat indah yang menyentuh hati dan disulam syair, malah ia diserikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan.

Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan, pengalaman hidup dan doa-doa sebagai panduan untuk para pembaca.

2. Tiket Syurga Seorang Isteri

Dengan pengalaman ‘sebenar’ kehidupan berumah tangga yang penulis lalui, juga garapan pengalaman orang sekeliling yang tidak didedahkan identitinya ditambah pula buah-buah nasihat serta panduan ilmu fiqh, komunikasi, serta skil kehidupan, semua kisah di dalam buku ini digarap dengan kemas dan penuh informasi tetapi santai untuk sajian mata dan minda pembaca.

Hidup ini perlu ada matlamat yang jelas, mahu bahagia dunia akhirat. Mahu bahagiakan orang sekeliling. Namun, bahagia ini perlu didoakan, perlu diusahakan, perlu dicari. Menghadapi ujian dengan persediaan ilmu yang lengkap adalah cabang penting dalam kehidupan. Justeru, pilihlah untuk bahagia. Jangan berputus asa.

3. Wajah Wanita

Wajah Wanita memfokuskan perbincangan berkenaan muka atau wajah wanita dengan membawakan pengertiannya menurut syariat Islam, memperjelas batas atau sempadan muka dan jenis-jenis bulu yang tumbuh di muka.

Penulis juga menerangkan hukum bagi perkara-perkara berikut:·        

  • Menutup muka di hadapan lelaki bukan mahram.
  • Tabarruj.
  • Menggunakan kosmetik dan alat solek.
  • Mencabut atau mencukur bulu di wajah.
  • Bertatu dan menjarakkan gigi.
  • Pembedahan kosmetik dan rawatan kecantikan.
  • Mendedahkan wajah untuk tujuan promosi dan pengiklanan.

4. Wanita Cantik Masuk Syurga

Semuanya tentang kecantikan, perhiasan, aurat dan pergaulan!

Panduan yang sangat istimewa buat wanita. Berbentuk soal-jawab. Lengkap dengan dalil yang jelas dan mudah difahami. Ilustrasi yang cantik dan menarik.

  • Hukum melihat dan menyentuh aurat antara suami isteri
  • Melihat dan Menyentuh Bukan Mahram
  • Bertelanjang Ketika Bersendirian
  • Pergaulan lelaki – wanita, sejauh mana dibolehkan?
  • Melihat dan Menyentuh Aurat Ketika Darurat
  • Hukum pengantin bersolek
  • Rawatan teknik rebonding
  • Menggunting atau mencukur bulu kening
  • Pakaian daripada kulit atau bulu binatang
  • Patung atau gambar dijadikan perhiasan
  • Mewarna atau menginai rambut

5. Jalan ke Syurga

Hidup ini membawa kita ke banyak laluan. Apakah kita harus memilih jalan yang paling mudah untuk mendepani takdir? Pilihlah. Kita bebas memilih tetapi kita terikat dengan pilihan kita. Semoga jalan yang kita pilih adalah jalan menuju ke syurga-Nya.

Pembelian buku terbitan Galeri Ilmu secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web atau pesanan WhatsApp.

7 Tip Penampilan Muslimah “Wajib Buat”

Merujuk kamus Dewan, identiti bermaksud cara pemakaian, tingkah laku dan aspek-aspek tertentu yang menunjukkan keperibadian seseorang.

Apabila menyentuh soal identiti Muslimah, dilihat senario hari ini, masih ramai wanita yang masih belum benar-benar memahami dan menghayati identiti Muslimah sejati. Asalkan bertudung sudah dianggap lengkaplah ciri-ciri seorang wanita Muslim.

Begitukah?

Sudah tentu tidak.

Kali ini kami mahu kongsikan kepada anda 7 Tip Penampilan Muslimah “Wajib Buat” supaya bertepatan dengan kehendak Islam dan menepati identiti Muslimah sejati dari sudut berpakaian.

Pertama:

Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan (depan dan belakang kerana seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali bahagian tersebut.

Kedua:

Pakaian hendaklah luas, tidak ketat atau sempit. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

 

Ketiga:

Bukan pakaian syuhrah. Maksudnya pakaian yang dipakai oleh seseorang dengan tujuan untuk membezakan dirinya daripada manusia lain dari segi warna, bentuk, dan coraknya. Dengan sebab itu, semua mata akan tumpu kepadanya lalu timbul perasaan bangga dan megah di dalam hatinya. Dengan kata lain, berpakaian untuk jadi popular atau glamor.

Keempat:

Tidak menampakkan tubuh badan. Usamah bin Zaid melaporkan bahawa Rasululah SAW menghadiahkannnya sehelai kain Qibtil yang tebal, lalu dia memberikan kain itu kepada isterinya. Kemudian Rasulullah SAW bertanya kenapa dia tidak memakai kain yang beliau hadiahkan? Usamah menjelaskan bahawa akain itu telah diberikan kepada isteriny. Baginda Berpesan kepada Usamah dengan sabdanya, “Suruh isterimu memakai gaun di bawahnya kerana aku bimbang kain itu menampakkan bentuk tubuhnya.” (Riwayat Ahmad)

Difahami daripada hadis ini, walaupun kain itu tebal, jika ia sempit, ia akan menampakkan bentuh tubuh. Lantaran itu Nabi SAW mengingatkan agar dipakai gaun disebelah dalam supaya tidak menampakkan bentuk tubuh. 

Kelima:

Tidak menyerupai pakaian lelaki. Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Riwayat Abu Dawud) Dalam masa yang sama tidak menyerupai pakaian non-Muslim. Maksud menyerupai pakaian wanita non-Muslim ialah pakaian khusus yang menjadi identiti mereka. 

Keenam:

Pakaian mestilah tebal, tidak nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit sama ada putih, hitam dan sebagainya.

Ketujuh:

Tidak melabuhkan hujung baju sehingga mengheretnya menyapu lantai. Ini biasanya satu trend fesyen daripada pakaian pengantin. Ummu Salamah r.a. bertanya kepada Nabi SAW akan hukum wanita melabuhkan baju mereka sekadar sejengkal (daripada pertengahan betis). Ummu Salamah bertanya lagi, “Sekiranya tapak kaki mereka terbuka?’ Maka Baginda bersabda maksudnya “Labuhkan sekadar satu hasta dan jangan dilebihkan lagi!” (Riwayat at-Tirmizi)

Berdasarkan hadis ini, maka dapat disimpulkan bahawa kadar labuh yang dibenarkan bagi wanita ialah sehasta diukur dari pertengahan betis.

————————————-

-Galeri Ilmu-

Tip ini dipetik daripada koleks Majalah Anis. 

Rupanya Inilah Hikmah Allah Wajibkan Tutup Aurat dan Jaga Pandangan

Di dalam buku Wajah Wanita, tulisan Ustazah Maznah Daud dan Ustaz Dr Anisah Abd Ghani, mereka berkongsikan satu kajian yang dibuat ke atas mahasiswa dan mahasiswi di sebuah universiti di Belanda. Kajian memfokuskan kepada isu tarikan, godaan dan pendedahan aurat.

Kajian kajian tersebut mengatakan bahawa, semakin banyak banyak perhiasan dan daya tarikan pada seorang wanita, semakin hebat kesan yang terjadi ke atas lelaki yang memandangnya. Kajian menunjukan sel-sel otak yang memainkan peranan memproses maklumat dan membuat keputusan akan terjejas kerana kehadiran wanita, memandanganya dan bercakap-cakap dengannya.

Dapatannya ialah, memandang kepada wanita yang mendedahkan aurat menyebabkan lelaki hilang tumpuan, menjejaskan pertimbangan dan tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang jitu dan bernas.

Keadaan itu dialami beberapa ketika selepas berlakunya pandangan sehingga kesan pandangan itu hilang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa melihat wanita yang berhias dan mendedahkan aurat lebih besar kesannya berbanding wanita yang kurang berhias, berpakaian sopan, dan menutup aurat.

Surah An Nur ayat 30 dan 31

Kajian ini nampaknya selari dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 30-31. Terserlah hikmah kenapa Allah perintahkan wanita supaya menutup aurat selepas perintah mengawal pandangan dan memelihara kemaluan yang juga ditujukan kepada kaum lelaki.

Pandangan Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi

Dalam isu pandang memandang antara berlainan jantina ini, Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi berpendapat, ada 4 situasi:

  1. Lelaki menjaga pandangannya dan wanita pula menutup auratnya.
  2. Lelaki menjaga pandangannya sedangkan wanita mendedahkan aurat dan perhiasannya.
  3. Lelaki tidak menjaga pandangannya sedangkan wanita menutup aurat dan perhiasannya.
  4. Lelaki tidak menjaga pandangannya dan wanita pula mendedahkan aurat dan perhiasannya.

Dalam keempat-empat situasi ini, yang keempatlah paling bahaya dan menyumbang kepada punca berlakunya maksiat yang tidak terkawal. Maka jelaslah betapa pentingnya wanita menutup aurat dan lelaki menjaga pandagannya.

.

.

Perkongsian menarik boleh dapatkan dalam buku Wajah Wanita.

Theme: Overlay by Kaira Galeri Ilmu Sdn Bhd 2020
Kota Damansara, Petaling Jaya