Cara Menentukan Awal Ramadhan - Galeri Ilmu

Cara Menentukan Awal Ramadhan

Ada dua cara untuk menetapkan (tsubut) awal Ramadhan:

  1. Melihat anak bulan (rukyah) yang dilihat oleh sekurang-kurangnya seorang saksi yang adil dan dia mengakuinya.
  2. Sempurna hitungan bulan Syaaban 30 hari (hisab).

Hakim syar‘i wajib terlebih dahulu membuat pengumuman adanya keputusan rukyah tersebut.
Setelah itu, jika diumumkan keputusannya umpamanya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka wajiblah semua orang Islam yang berada dalam lingkungan satu mathla‘ (ittihad al-mathla‘) daripada tempat bulan dilihat untuk berpuasa .

Rujukan:

  • Al-Majmu‘, 6/270
  • Al-Minhaj, ms. 107
  • Hasyiah asy-Syarwani, 3/376
  • Al-Fatawa al-Kubra, 2/47
  • Hasyiah al-Bajuri, 1/286
  • Hasyiah asy-Syubramillisi ‘ala an-Nihayah, 3/148
  • Bughyah al-Mustarsyidin, ms. 180
  • Tanwir al-Qulub, ms. 227

***
Dipetik dari buku 206 Permasalahan Puasa tulisan Ustaz Muhadir Hj.Joll.

Kini Pesta Buku OnlineGaleri Ilmu masi lagi berlangsung sehinga 20 April, diskaun hebat sehingga 90%. Dapatkan buku-buku pilihan anda di laman rasmi kami.

Layari: www.galeriilmu.com.my



Scroll to Top