Rupanya dengan 2 Minit Boleh Buat Pahala - Galeri Ilmu

Rupanya dengan 2 Minit Boleh Buat Pahala

Beri Dua Minit merupakan himpunan tazkirah pendek yang disampaikan oleh penulis kepada khalayak tidak kira di mana pun lokasinya.

Misalnya di R&R, penulis diminta menjadi imam. Masing-masing mahu pantas beredar kerana sedang dalam perjalanan.

Usai memberi salam, saya menghadap mereka dan bertanya, “Boleh beri saya dua minit? Saya mahu menyebut satu terjemahan hadis. Insya-Allah … boleh jadi ilmu bermanfaat.”

Mereka fikir dua minit masa singkat. Hampir kesemuanya menunggu kerana fikiran mereka tidak terbeban dengan masa yang diminta. Ia unsur psikologi yang bernas.

Ketika berpeluang … saya menggunakan teknik BDM ini untuk membina taman syurga pantas dan indah di mana sahaja. Saya tidak berbohong dan saya tunaikan janji dua minit tersebut. Sesekali ada seminit dua masa kecederaan.

Lalu saya bukukan BDM ini – barangkali – boleh diambil panduan oleh ibu bapa, pensyarah, guru, ahli usrah atau ketua jabatan dengan sedikit ubah suai menyampaikan tazkirah ringkas. Mungkin memadai untuk menjadi bacaan penambah ilmu.

Ia ringkas tetapi saya fikir signifikan. Moga diterima Allah SWT sebagai ilmu bermanfaat. 

Buku tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim ini antara 10 buku terlaris ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.

Leave a Comment

Scroll to Top