Alang-alang Penat Biarlah Berkat

Allah beri kau banyak kerja nak dibuat. Tapi Dia juga bagi kau rasa tak sihat. Tak larat. Penat. Respons kau apa?

Kalau kau terus mengeluh, marah-marah, tak redha, habislah! Tertutup segunung pahala, terbuka segaung dosa. Tapi kalau kau terus merintih tadah tangan berdoa, kalau kau terus merayu minta bantuan Allah, itu baru jelas tanda kau tak nak mengalah.

Itu baru tanda yang kau sedar bahawa tidak ada daya dan kekuatan manusia tanpa izin Dia. Ujian itu tak penting. Respons kau tu yang penting. Ingat! Manusia tak masuk syurga sebab hebat cipta kejayaan.

Manusia masuk syurga sebab iman. Iman itu percaya. Percaya sepenuh hati bahawa Allah tak uji kau saja-saja. Dia tahu kau mampu lepasinya.

Cuma atas kau pulalah nak serap semangat tu dari mana. Terus kuat, Teruslah bersemangat. Dah terlanjur penat, biarlah berkat!


“Kejayaan adalah satu hal yang berselindung di sebalik kesusahan.
Semakin berat bebannya, semakin besar nikmat yang akan kita terima.
Yakin dan percaya!

— Bonda Nor, Stay Strong

Scroll to Top