Adab Mengurus Pengebumian Jenazah

1. Apakah adab mengiringi jenazah?

Kita dituntut menziarahi kubur supaya dapat mengingatkan kita kepada mati.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم datang ke kubur ibu Baginda, Baginda menangis dan menangislah orang yang berada di sekeliling, lalu Baginda bersabda (yang bermaksud): “Aku minta izin kepada Tuhanku untuk aku beristighfar bagi ibu, dan Allah SWT tidak mengizinkan aku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya lalu Allah izinkan. Oleh itu, ziarahlah kubur kerana ia memperingati mati.”

(Imam Abu Dawud tidak memberi komen kepada hadis ini)

Kita disuruh supaya mengingati mati agar kita insaf, sedar bahawa kita berada di dunia ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Hidup ini adalah ujian bagi seseorang, sama ada dia Mukmin atau kafir, sama ada dia menjadi seseorang yang taat kepada Allah atau derhaka kepada-Nya. Apabila seseorang itu ingat akan mati, sewajibnya dia menjadi seorang hamba Allah yang bertakwa, yang melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Kerana itu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyuruh kita untuk banyak mengingati mati.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):

Banyakkanlah menyebut perkara yang memutuskan kelazatan iaitu mati.

(Abu Isa iaitu Imam at-Tirmidzi berkata: Hadis ini hasan sahih)

***

Petikan buku 50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur tulisan Dr. Udah Mohsin.

Dr. Udah Mohsin ialah mantan Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Silam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ketahui butiran selanjutnya tentang hal ehwal adab mengiringi jenazah dengan membaca buku ini. Pembelian buku ini secara atas talian boleh dibuat melalui saluran berikut:

Scroll to Top