7 Kemahiran Orang Bujang Perlu Ada - Galeri Ilmu

7 Kemahiran Orang Bujang Perlu Ada

Jika anda masih bujang dan tinggal di kota besar, berikut adalah tujuh kemahiran yang wajib anda ada untuk berjaya dengan gayanya sebagai orang bujang.

1. Pengetahuan agama dan moral.

Ini tidak perlu diperjelaskan, wanita yang jahat sekalipun nak suami yang baik, begitu juga dengan lelaki yang jahat pun nak isteri yang baik. Sama ada nak terima atau tidak terpulanglah pada diri sendiri. Ia juga merupakan pendinding utama dalam cabaran hidup di dunia

2. Mengurus kewangan.

Demi masa depan yang lebih cemerlang dan terbilang, kemahiran merancang dan mengurus kewangan amat penting termasuk menyimpan, melabur dan mengembangkan wang ringgit yang ada

3. Memasak.

Kalau nak makan sedap dan kenyang kenalah pandai memasak. Selain dapat menjimatkan belanja, ia menjadi satu daya tarikan kepada bakal pasangan.

4. Memilih rakan serumah.

Oleh kerana banyak masa akan dihabiskan di rumah bersama rakan
serumah, keserasian diperlukan antara rakan serumah. Pemilihan rakan serumah amatlah penting bukan sahaja untuk ketenteraman tetapi juga bagi mengelakkan permasalahan dari segi kerjasama dan kepercayaan.

5. Tempat tinggal percuma.

Orang bujang perlu mempunyai pemikiran kreatif dan aktif terutama
tentang keperluan kediaman atau tempat tinggal. Terdapat dua kaedah untuk mendapatkan tempat tinggal percuma.

  • Tinggal di rumah ibu bapa.
  • Jadi tuan rumah.

6. Kemahiran hidup.

Janganlah semua benda yang rosak nak hantar ke kedai, terutama kerosakan kecil seperti tandas tersumbat, ganti lampu dan sebagainya. Perlu ringan tangan dan ‘handy’, baru mudah hidup

7. Prinsip hidup.

Orang bujang perlu ada wawasan hidup, perlu ada matlamat hidup, boleh berdikari, mempunyai tulang belakang (tidak mudah diinjak-injak, dipujuk rayu atau dipengaruhi oleh orang lain) serta mempunyai visi yang tersendiri.

Tidak perlu risau jika tidak mempunyai kesemua kemahiran yang disenaraikan. Selagi kita mahu berubah, ia boleh dipelajari dan dipraktikkan supaya menjadi mahir kelak.

Tip ini dipetik daripada buku Forensik Kewangan tulisan Zaidi Ismail.

Pembelian buku terbitan Galeri Ilmu secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web atau pesanan WhatsApp.

Scroll to Top