5 Perkara Harus Elak Ketika Ambil Polisi Takaful Pendidikan Anak

Pelbagai pelan takaful yang terdapat di pasaran pada masa ini. Malah terdapat pelbagai skala harga dan faedah yang berbeza daripada pelbagai syarikat takaful. Setiap pelan akan berubah dari semasa ke semasa. Perubahan ini mengikut keadaan, sosial ekonomi, perbelanjaan atau harga.

Pada cadangan saya (penulis), pelan takaful pendidikan adalah pelan yang harus dijadikan keutamaan untuk anak-anak. Perbezaannya, anak anda tidak mempunyai pendapatan yang ingin dilindungi maka yang perlu anak anda lindungi adalah pendapatan untuk perbelanjaan mereka seperti persekolahan dan kehidupan harian mereka.

Lima perkara yang harus dielakkan apabila mengambil polisi takaful pendidikan:

1. Memilih polisi yang salah.

Mereka memilih polisi yang tidak diperlukan contohnya mengambil perlindungan takaful yang berkaitan dengan ‘personal accident’ berbanding mencarum pada ‘life’ takaful yang lebih utama.

2. Tiada objektif.

Kebanyakan orang gagal menyatakan objektif atau tujuan sebenar mereka mengambil takaful. Kebanyakan hanya terikut dengan rakan. Jika tiada objektif yang jelas maka akan merasakan bebanan apabila tiap-tiap bulan perlu membuat bayaran. Jika anda tahu matlamat dan tujuan anda mengambil takaful, sudah tentu anda akan rasa gembira setiap kali membuat bayaran caruman takaful.

3. Tidak membuat perbandingan.

Perlu membuat perbandingan dengan sekurang-kurangnya tiga syarikat takaful. Ia bertujuan memastikan apa yang dibayar mendapat manfaat yang lebih baik. Ini kerana takaful merupakan komitmen jangka masa panjang. Malah sudah pasti anda tidak mahu terlepas sebarang kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat yang lain. Pilihlah syarikat yang mempunyai pencarum yang terbesar dan syarikat yang stabil.

4. Fokus pada harga.

Ramai orang akan teragak-agak apabila mereka melihat harga cadangan sesuatu polisi. Tak perlu takut. Ini kerana sesetengah syarikat takaful akan memberi harga polisi yang standard berdasarkan pada faktor umur dan tahap risiko yang mereka telah kategorikan.

Apa yang boleh anda lakukan adalah mengurangkan ‘riders’ tambahan yang mungkin tidak diperlukan pada masa awal. Perlu nyatakan bajet anda supaya ejen takaful boleh mengemukakan cadangan berdasarkan bajet anda.

5. Menunggu terlalu lama.

Apabila cadangan polisi telah diterima, anda hendaklah menilai, mengkaji dan seterusnya membuat pilihan terhadap takaful mana yang menjadi pilihan anda.

Setelah membuat pilihan tersebut, jangan lupa terus tandatangan untuk memulakan perlindungan takaful tersebut. Terdapat ramai yang menunggu terlalu lama dan di akhirnya mereka tidak jadi ambil. Malangnya mereka baru sedar kepentingannya apabila berlakunya musibah.

Peristiwa sebegini pernah berlaku pada saya. Saya pernah menasihati seorang rakan supaya mengambil takaful ketika masih sihat. Malangnya akibat sikap ‘nantilah, tunggulah dulu, biarlah dulu’ akhirnya sahabat saya itu mengalami serangan jantung. Alhamdulillah, umurnya masih panjang tapi sayangnya beliau sudah tidak boleh mengambil apa-apa pelan takaful kerana sudah membuat pembedahan jantung (by pass).

Maka di sini, saya sarankan agar anda memilih takaful tetap untuk anda dan memenuhi objektif anda. Dapatkan khidmat nasihat daripada perancang kewangan yang bertauliah atau ejen-ejen takaful yang berlesen.

Ingat, dapatkan lebih daripada dua nasihat daripada syarikat takaful yang berlainan. Takaful untuk diri sendiri dan anak-anak adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan. RM3,000 setahun untuk takaful anak-anak dan RM6,000 untuk takaful anda sendiri termasuk KWSP.

***
Petikan buku Generasi Jutawan Tulisan Farid Sulaiman. Buku ini merupakan satu pengalaman yang penulis lalui hampir 17 tahun yang lalu untuk  mempelajari dan melakukan sendiri apa yang beliau yakin bakal memberi impak yang tinggi kepada keluargnya.

Hasilnya, sehingga beliau berjaya mengumpul simpanan anak-anak mengikut usia mereka yang berjumlah mencecah RM50,000 dalam tempoh tersebut.

Justeru, perancangan kewangan bukanlah satu perkara yang agak objektif pada setiap orang atau keluarga. Ia merupakan perkara subjektif dan boleh dilakukan oleh semua orang.

Pembelian buku ini secara dalam talian boleh dibuat melalui:

Scroll to Top