5 Buku Wanita Perlu Baca - Galeri Ilmu

5 Buku Wanita Perlu Baca

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ 
(Riwayat Muslim)

Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dikhususkan buat wanita. Berikut merupakan buku-buku yang disarankan buat wanita agar dapat menambah pengetahuan umum melalui pembacaan santai.

1. Sahabat Dunia Akhirat

Buah tangan pertama Ustazah Asma’ Harun ini bukan sekadar ayat-ayat indah yang menyentuh hati dan disulam syair, malah ia diserikan dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis berkaitan.

Turut diselitkan juga kisah-kisah teladan, pengalaman hidup dan doa-doa sebagai panduan untuk para pembaca.

2. Tiket Syurga Seorang Isteri

Dengan pengalaman ‘sebenar’ kehidupan berumah tangga yang penulis lalui, juga garapan pengalaman orang sekeliling yang tidak didedahkan identitinya ditambah pula buah-buah nasihat serta panduan ilmu fiqh, komunikasi, serta skil kehidupan, semua kisah di dalam buku ini digarap dengan kemas dan penuh informasi tetapi santai untuk sajian mata dan minda pembaca.

Hidup ini perlu ada matlamat yang jelas, mahu bahagia dunia akhirat. Mahu bahagiakan orang sekeliling. Namun, bahagia ini perlu didoakan, perlu diusahakan, perlu dicari. Menghadapi ujian dengan persediaan ilmu yang lengkap adalah cabang penting dalam kehidupan. Justeru, pilihlah untuk bahagia. Jangan berputus asa.

3. Wajah Wanita

Wajah Wanita memfokuskan perbincangan berkenaan muka atau wajah wanita dengan membawakan pengertiannya menurut syariat Islam, memperjelas batas atau sempadan muka dan jenis-jenis bulu yang tumbuh di muka.

Penulis juga menerangkan hukum bagi perkara-perkara berikut:·        

  • Menutup muka di hadapan lelaki bukan mahram.
  • Tabarruj.
  • Menggunakan kosmetik dan alat solek.
  • Mencabut atau mencukur bulu di wajah.
  • Bertatu dan menjarakkan gigi.
  • Pembedahan kosmetik dan rawatan kecantikan.
  • Mendedahkan wajah untuk tujuan promosi dan pengiklanan.

4. Wanita Cantik Masuk Syurga

Semuanya tentang kecantikan, perhiasan, aurat dan pergaulan!

Panduan yang sangat istimewa buat wanita. Berbentuk soal-jawab. Lengkap dengan dalil yang jelas dan mudah difahami. Ilustrasi yang cantik dan menarik.

  • Hukum melihat dan menyentuh aurat antara suami isteri
  • Melihat dan Menyentuh Bukan Mahram
  • Bertelanjang Ketika Bersendirian
  • Pergaulan lelaki – wanita, sejauh mana dibolehkan?
  • Melihat dan Menyentuh Aurat Ketika Darurat
  • Hukum pengantin bersolek
  • Rawatan teknik rebonding
  • Menggunting atau mencukur bulu kening
  • Pakaian daripada kulit atau bulu binatang
  • Patung atau gambar dijadikan perhiasan
  • Mewarna atau menginai rambut

5. Jalan ke Syurga

Hidup ini membawa kita ke banyak laluan. Apakah kita harus memilih jalan yang paling mudah untuk mendepani takdir? Pilihlah. Kita bebas memilih tetapi kita terikat dengan pilihan kita. Semoga jalan yang kita pilih adalah jalan menuju ke syurga-Nya.

Pembelian buku terbitan Galeri Ilmu secara dalam talian boleh dibuat melalui laman web atau pesanan WhatsApp.

Scroll to Top