5 Buku Cikgu-Cikgu Mesti Baca - Galeri Ilmu

5 Buku Cikgu-Cikgu Mesti Baca

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia. Tema hari guru tahun ini: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. Sejajar dengan tema ini, kami di Galeri Ilmu sangat meraikan ilmu apatah lagi penyampai ilmu seperti cikgu-cikgu sekalian.

Suka kami nak cadangkan bahan bacaan yang cikgu-cikgu mesti baca. Tak sah kalau cikgu-cikgu tak baca.

MENDIDIK GAYA RASULULLAH

Buku ini mengandungi 40 teknik yang digunakan oleh junjungan besar kita; Nabi Muhammad SAW ketika mendidik. Disertai juga dengan hadis serta huraiannya. Semoga cikgu-cikgu bakal terilham menyantuni anak-anak murid tercinta.

CIKGU MULTIPURPOSE

Kalau cikgu ada seribu tangan, belum tentu mampu nak layan satu per satu kerenah anak murid. Belum masuk lagi kerenah ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat sekeliling serta warga net (netizen). Tapi dengan dua tangan yang ada itulah seorang guru mengerjakan tugasnya; mendidik (serta mengasuh, meleraikan pergaduhan, merawat murid sakit, penasihat kelab dan persatuan, jurulatih rumah sukan dan tugas-tugas lain yang tak mampu disenaraikan). Serba boleh. Serba jadi semuanya. .

LAYAN CK MEMBEBEL

Buku ini ditulis oleh seorang cikgu kaunseling yang juga lulusan Universiti Al-Azhar. Cikgu Muiez menitipkan pengalamannya menjadi guru kaunseling serta tip dan motivasi pelajar. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang santai, sangat sesuai dibaca oleh para pelajar juga.

OH MY STUDENT!

Buku ini mengajak para pendidik meletakkan ‘mindset’ betapa perlunya panduan agama dalam membantu menangani isu-isu pelajar. Zaman remaja adalah zaman ‘try and error’. Mereka sedang belajar sambil ‘belajar’. Dekati dan bimbing mereka mengikut ajaran Islam yang sudah jelas terbukti dapat memandu ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kalam kita berbekas di jiwa mereka.

HIDUP BIAR SMART

Sambungan buku Oh My Student! ini memaparkan cabaran berdikari buat pertama kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan yang penting dalam kehidupan di kampus. Bagi yang kukuh iman di hati dan pandai membawa diri, tidak akan semudahnya menyerah dengan cabaran yang mendatang dan tidak pula mudah terbuai dengan keseronokan yang terhidang di depan mata. Pilihlah sahabat yang jelas hala tuju dunia dan akhiratnya.

Scroll to Top