4 Petua Kurangkan Loya Ketika Mengandung - Galeri Ilmu

4 Petua Kurangkan Loya Ketika Mengandung

Petua di bawah adalah makanan yang mampu mengurangkan rasa loya untuk ibu mengandung.

1. HALIA

Cara untuk ambil: Masukkan halia ke dalam teh atau air panas dan rendamkan. Minum air rendaman halia ini kemudian atau masukkan ke dalam masakan harian.

2. BUAH CITRUS (limau/lemon/limau nipis)

Kulit limau bagus untuk meng- hilangkan rasa loya dan alahan kepada bau. Potong atau hiris nipis-nipis sama ada dicium atau dimakan, ia mampu membantu menghilangkan rasa loya. Ibu yang mual lebih cenderung mengambil buah-buahan yang masam. Ini lebih bagus daripada mengambil gula-gula atau jeruk dan asam yang kaya dengan pengawet. Perahkan air limau nipis/lemon ke dalam air atau rendamkan lemon ke dalam air. Dan minum air itu tadi. Rasa loya pasti akan berkurangan.

3. MADU

Madu mempunyai kandungan gula ringkas yang tinggi. Selain memberikan tenaga segera kepada badan, ia juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh. Masukkan madu ke dalam air suam dan minum terutamanya selepas muntah. Ia akan menyegarkan badan dan memberikan tenaga untuk tubuh. Boleh juga ditambah halia atau lemon bersama air dibancuh dengan madu.

4. GULA-GULA GETAH

Eh … biar betul! Chewing gum? Iya, kunyah gula-gula getah apabila mual atau loya. Ia akan merangsang penghasilan air liur dan membantu menghilangkan rasa loya terutama jika ia mengandungi mint atau pudina. Ia lebih bagus daripada mengambil asam atau jeruk yang kaya garam, dan boleh meningkatkan dehidrasi pada ibu sekiranya ibu kurang minum air dan kerap muntah.

Cubalah untuk kombinasikan beberapa bahan ini mengikut citarasa. Insya-Allah, pasti berjaya.

Selamat mencuba.

Petikan buku Diet Mak-mak tulisan Ruqayyah Muhd; seorang pegawai dietatik di sebuah hospital di Pantai Timur.

***
Dapatkan buku ini dengan pembelian PAKEJ KESIHATAN dan JIMAT RM51.
HADIAH PERCUMA
– Pelitup muka (3 keping)
– Buku misteri
– Smart watch (1 unit)

Klik sini: HIJRAH MERDEKA 2020/1442H

Scroll to Top