10 Cara Manusia Diberi Rezeki - Galeri Ilmu

10 Cara Manusia Diberi Rezeki

1. Rezeki yang telah dijamin.

Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud 11: 6)

2. Rezeki kerana usaha.

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (An-Najm 53: 39)

3. Rezeki kerana bersyukur.
Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur pasti Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu. (Ibrahim 14: 7)

4. Rezeki yang tak disangka-sangka.

Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan- Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Ath-Thalaq 65: 2-3)

5. Rezeki kerana istighfar.

Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu.” (Nuh 71: 10-11)

6. Rezeki kerana menikah

Dan nikahkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya. (An-Nur 24: 32)

7. Rezeki kerana anak.

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. (Al-Isra 31: 31)

8. Rezeki kerana bersedekah.

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas), supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? (Al-Baqarah 2: 245)

9. Rezeki kerana keberkatan berpagi-pagian.

Rasulullah SAW bersabda: Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari. (Riwayat al-Baihaqi)

10. Rezeki kerana menjalin silaturrahim.

Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

***

Petikan buku Forensik Kewangan tulisan Zaidi Ismail. Buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali, jumlah keseluruhan cetakan 27, 500 naskhah. Buku ini masih mengungguli carta buku terlaris di pasaran meski telah lebih setahun diterbitkan.

Dapatkan melalui Shopee, klik sini.

Scroll to Top