10 Amalan Hebat Seawal Subuh Pagi - Galeri Ilmu

10 Amalan Hebat Seawal Subuh Pagi

Setiap hari putaran hidup kita akan jalani perkara yang sama. Tidur, bangun tidur, berkerja mencari rezeki, lalu tidur semula. Namun, adakah kita mahu biarkan hidup ini berlalu tanpa amalan yang boleh datangkan keberkatan dan juga bekal untuk dibawa bertemu Allah SWT kelak?

Hari ini, mari kita hadam perkongsian ini bersama. Dipetik daripada buku/kitab Amalan Orang Soleh, dan juga ambilan daripada siri-siri ceramah AF Ustaz Muhadir Haji Joll hafizahullah.

Berkenaan amalan-amalan yang diambil dari buku ini (rujuk gambar). Ia bersandarkan kepada hadis dan juga amalan para salafussoleh dan para masyaikh. Oleh itu, sebahagian amalan di dalam buku ini dinyatakan hadis dan riwayatnya, sementara yang lain cukup dinyatakan sumber ambilannya sahaja iaitu daripada para masyaikh yang mengijazahkan.

Kitab setebal 64 muka surat ini dijual dengan harga RM6.00 senaskah.

Antara 10 amalan sewajarnya jangan ditinggalkan di awal pagi:

1. Solat sunat sebelum subuh (selepas Fajar Sadiq).

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Riwayat Abu Daud, Muslim dan al-Nasa’i). Malah disebabkan nilainya yang begitu tinggi, disunatkan mengqada solat sunat fajar itu sekiranya terlewat waktunya, sama ada setelah selesai solat Subuh atau setelah terbit matahari.

2. Membaca surah

Ketika solat sunat fajar isi dengan bacaan surah. Saiyidina Umar ketika bertamu di rumah Rasulullah ﷺ “Aku selalu mendengar Rasulullah ﷺ membaca surah al-Kafirun (rakaat pertama) dan al-Ikhlas (rakaat ke-2). “ Surah ini berkaitan dengan aqidah, maka hendaklah dipasakkan dalam diri agar dapat mengukuhkan keimanan kita. Di samping itu, boleh juga baca surah al-Insyirah dan al-Fiil sebab ulama berkata “Tidak akan terkena padanya yang menyakitinya hari itu.” Membaca kedua-dua surah tersebut sebagai pendinding di awal pagi.

3. Solat subuh (samada berjemaah atau tidak).

Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang dingin, maka dia akan masuk syurga.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ibn Hibban). Dua waktu yang dingin yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah solat Subuh dan Asar.

4. Bacalah 10 kali dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir selepas solat Subuh dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan :

Fadilat: Hadis daripada Abu Zar r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Barang siapa yang membaca 10 kali selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih dalam keadaan tahiyat akhir, sebelum berkata-kata, ditulis baginya (sekali bacaan itu) 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbenteng diri daripada syaitan serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah.”

5. Membaca sebanyak tujuh kali ayat di bawah selepas membaca (no.1) tadi, sebelum berkata-kata sehingga selesai, bacaannya:

Fadilat: Hadis daripada Al-Harits bin Muslim, daripada ayahnya berkata, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): “Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata- kata: ‘Allaahumma ajirnii minannaar’, tujuh kali, sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai, menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: ‘Allaahumma ajirnii minannaar’, tujuh kali, sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.”

6. Terus sempurnakan bacaan wirid selepas solat (wirid al-Qusyasyiyyah) sehingga habis dan berdoa. Kemudian jangan tinggalkan zikir ini, bacaannya 3 kali:

7. Kemudian, bacalah Selawat al-Ummi 100 kali selepas solat Subuh:

8. Sebagai perisai diri daripada gangguan Jin dan Syaitan atau apa-apa bahaya. Bacalah selepas solat ayat ini 7 kali:

9. Jangan lupa baca amalan agar dimurahkan rezeki. Bacalah setiap bacaan di bawah ini sebanyak tujuh kali pada setiap pagi. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh:

10. Tabung Subuh

Ini tambahan. Bukan dalam kitab Amalan Orang Soleh tapi turut dikongsikan oleh AF Ustaz Muhadir dalam siri-siri kuliahnya. Kata beliau, jangan lupa membawa dan masukkan duit ke dalam tabung masjid/surau. Jika tidak sempat sediakan “Tabung Subuh” di rumah, dikumpulkan setiap hari dan disedekahkan kepada masjid/surau. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

‎مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا ، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

“Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada orang yang suka berinfak.” Malaikat yang kedua berdoa, “Ya Allah, berikanlah kebinasaan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah).” (HR. Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi amalan-amalan yang termuat dalam buku/kitab Amalan Orang Soleh. Selamat beramal.
untuk lihat koleksi Af Ustaz Muhadir Haji Joll, layari http://galeriilmu.com.my/ustazmuhadir

Scroll to Top