ADA DIA DI HATIKU
-20%

ADA DIA DI HATIKU

RM16.00 RM20.00
Product Code: GB0607
Stock 149

Overview

ADA DIA DI HATIKUISBN: 978-983-097-891-8Kod: GB0607Penulis: The Bingkisan HatiTebal: 144 msHarga: RM20.00/ RM 22.00Berat: 0.24 kg (240 gm)SINOPSISMereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak...
ADA DIA DI HATIKU
ISBN: 978-983-097-891-8
Kod: GB0607
Penulis: The Bingkisan Hati
Tebal: 144 ms
Harga: RM20.00/ RM 22.00
Berat: 0.24 kg (240 gm)



SINOPSIS

Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan sisa kesedihan.
Tatkala hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha Mendengar.


Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar. Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.

Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur pada setiap inci rencana yang telah tertulis.

Tulisan ini insya-Allah mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah kamu tetap indah dan bersinar.

Jadi, senyumlah! Jalani hidup ini apa adanya.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue