Ratu Netballers
-10%

Ratu Netballers

RM11.61 RM12.90
Product Code: GB0582
Stock 596

Overview

SIRI ANAS ANIS:Judul: Ratu NetballersISBN : 978-983-097-782-9Kod: GB0582Pengarang : Dissa AzminTebal : 128 msHarga : RM 12.90/ RM 14.90 SSSINOPSISAfiqah atau A.P, seorang pemain bola jaring ...


Judul: Ratu Netballers

ISBN : 978-983-097-782-9
Kod: GB0582
Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 128 ms
Harga : RM 12.90/ RM 14.90 SS



SINOPSIS

Afiqah atau A.P, seorang pemain bola jaring dan memakai bip C. Akibat selalu bersikap terburu-buru, A.P telah melakukan banyak kesalahan dalam suatu perlawanan persahabatan di antara sekolah. Sehingga pasukannya menemui kegagalan. Rakan sepasukan menyalahkan A.P atas kekalahan itu. A.P cepat melenting apabila ditegur.

Perselisihan faham telah berlaku dalam pasukannya. Tiada lagi persahabatan. Bagi keluarga A.P pula, perkara ini tidak perlu dibimbangkan. A.P menganggap tiada yang memahaminya. Dia merajuk lalu melarikan diri. 


Pertemuan dengan Anas dan Anis dalam satu inseden, berbekas di hati A.P. ‘Rumah adalah tempat paling selamat. Walau kadang-kadang, ia tidak melindungi perasaan kita. Kita tidak tahu betapa manis dan bermakna ikatan kekeluargaan. Sehingga kita merinduinya.’

Kata-kata ini pula membuat hati A.P terpanggil. ‘Kawan itu seperti sapu tangan. Jika kita terluka, dia akan balutkan. Kita terjatuh, mungkin disebabkan cuai atau terleka. Sudahlah kita sakit, dimarahi pula. Kita rasa itu tidak adil. Pada hal, dia cuma ingin ingatkan jangan buat begitu lagi.’


Anas dan Anis yang menjadi cermin, cukupkah membuat A.P mengenali diri? Sudikah A.P pulang setelah melalui pengalaman yang tidak diduga? Bertemukah A.P dengan persahabatan sejati yang dicari-cari? 

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue