Cinta Sentiasa Menang - Bonda Nor
New -10%

Cinta Sentiasa Menang - Bonda Nor

RM18.00 RM20.00
Product Code: GB0629
Stock 489

Overview

CINTA SENTIASA MENANGISBN:  978-983-097-915-1Penulis: Bonda NorKod: GB0629Tebal: 196 msHarga: RM20.00/RM22.00Berat: 0.26 kg (260 gm) SINOPSISFirst thing first. Utamakan yang utama. Dalam Isl...
CINTA SENTIASA MENANG
ISBN:  978-983-097-915-1
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB0629
Tebal: 196 ms
Harga: RM20.00/RM22.00
Berat: 0.26 kg (260 gm)

 
SINOPSIS

First thing first. Utamakan yang utama. Dalam Islam, kita bahkan diajar tentang Fiqh Al-aulawiyat atau Prinsip Keutamaan. Kita diajar untuk menyusun setiap urusan kita mengikut keutamaan. 

Ramai yang mengabaikan perkara ini padahal ia adalah satu seni menyusun kehidupan yang boleh melorongkan kita pada kejayaan dan kebahagiaan!
 
CINTA SENTIASA MENANG adalah satu naskhah yang digarap khusus untuk membawa pembaca ke arah menyedari penyusunan keutamaan ini.
 
Allah teratas. Kemudian Rasul-Nya. Sesudah itu, barulah penyusunan keutamaan mengikut dimensi tertentu. Misalnya, bagi seorang anak, ibunya yang utama. Bagi seorang isteri, suaminya yang utama. Ya, aras ketaatan tidak sentiasa berada di level yang sama.
 


Begitu juga dalam menentukan manfaat atau mudarat. Sesuatu yang memberikan mudarat tidak boleh dilakukan. Namun, pada situasi tertentu, ia dibolehkan.
 
“Saya kongsikan jalinan kisah-kisah peribadi daripada pengalaman sendiri. Kisah-kisah yang meneguhkan akidah hingga saya semakin percaya bahawa cinta kepada-Nya adalah puncak segala cinta. Cinta yang buat saya sedar bahawa jika cinta Allah yang saya julang, saya pasti akan menang.” – Bonda Nor