ALLAH ITU DEKAT
-20%

ALLAH ITU DEKAT

RM16.00 RM20.00
Product Code: GB0557
Stock 994

Overview

ALLAH ITU DEKATISBN: 978-983-097-815-4Kod: GB0557Penulis: The Bingkisan HatiTebal: 176 msHarga: RM20.00 / RM22.00Berat: 0.300 kg (300 gm)SINOPSISBuku ALLAH ITU DEKAT dikarang oleh empunya na...
ALLAH ITU DEKAT
ISBN: 978-983-097-815-4
Kod: GB0557
Penulis: The Bingkisan Hati
Tebal: 176 ms
Harga: RM20.00 / RM22.00
Berat: 0.300 kg (300 gm)


SINOPSIS

Buku ALLAH ITU DEKAT dikarang oleh empunya nama penathebingkisanhati adalah buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

Allah Itu Dekat adalah sebuah karya motivasi yang menitipkan pesan dan nasihat tentang roda kehidupan yang sedang kita jalani. 

Ia menyentuh pelbagai ujian hidup dan bagaimana cara kita mengawal keadaan, bagaimana kita berusaha untuk bangkit dan meneruskan perjalanan. Kerana hidup yang teruji bukan untuk menyerah tetapi untuk diperjuangkan. Seharusnya tiada istilah putus asa dalam kamus kehidupan. Apa pun yang singgah, semuanya ada cara untuk mengatasinya. Insya-Allah.

Buat insan yang pernah kecundang berkali-kali dalam hidup, karya ini khusus buat kalian. Moga karya sederhana ini mampu menjentik hati dan memberi motivasi hidup. Mampu memberi kekuatan dan menghidupkan semangat yang telah lama luntur. Selamat membaca buku Allah Itu Dekat. Moga ada s
sesuatu yang kalian perolehi di dalam karya ini.



Tentang Penulis:

Thebingkisanhati meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.


  Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi antaranya Expectation, Don’t Be Sad dan ALLAH ITU DEKAT iaitu karya terbaharu beliau merupakan buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selain buku Allah Kan Ada serta Cukuplah Allah Bagiku.

Write a review

Note: HTML is not translated!

Rating Bad           Good
Continue